NAK JADI KAYA BUKAN SEBAB UTAMA UNTUK BERNIAGA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

So, korang semua yang sedang berniaga ni, tak kira la berniaga secara online atau offline macam mana dengan perniagaan masing-masing? ok ke tidak agaknye tu??

Sebelum ni ingatkan berniaga ni satu kerja yang senang..yelah kita tengok pulak perniagaan yang macam mana. Persaingan tinggi ke tidak? bagi saya cabaran yang paling sukar adalah pesaing. Mungkin sebab kedudukan saya adalah yang paling di bawah. Chill man, amature memang sentiasa dibawah but from beginer kita boleh jadi the legend. betul ke tidak?? yup..betul.

orang cakap kalau nak berniaga atau nak jadi peniaga, hati kena cekal bro..kalau sikit-sikit nak nangis macam mana nak maju macam tu? menangis sikit-sikit tak pa lagi, ni terus down kebawah..kita dah la memang berada ditangga kebawah..tapi tak leh nak lawan rasa putus asa tu..laaagi la kita tersembam ke bawak. failed terus bro.

so macam mana ni amature-amature sekalian?? kalau korang yang sedang membaca entry ni sebenarnya ada hati nak berniaga, perkara pertama yang Cik Meera nak ingatkan dan kongsikan bersama.... jangan sesekali guna duit pinjaman atau meminjam wang untuk mulakan business. why?? sebab kita tak tahu nasib perniagaan kita tu nanti macam mana? dah la business tak maju, pinjam pulak dengan ceti haram buat modal..so cana nak bayar balik hutang kita tu JIKA modal pertama pun kita tak dapat nak dapatkan balik?? maksudnya tak dapat nak rolling modal la.. mula kan dari bawah ok..modal kecil untung pun kecik tak pa untuk permulaan..

seterusnya...rasa kecewa sebab perniagaan kita macam tak laku je..macam tak laku je..macam stress je..? ok,jangan risau produk-produk yang kita jual tu ada lah aset kita. lambat laun memang akan terjual jugak akhir nya..percaya lah !!! so, cana nak buat? upah orang untuk jual produk kita..sekarang kan trend ejen dropship berleluasa kan..so, kita boleh je amalkan perniagaan yang macam tu... bagi komisen pada orang yang berjaya jual produk-produk kita tu..

lagi satu perlu diingat..nak berniaga pastinya kena ada ILMU.. mana boleh berniaga kalau tak ada ilmu. sebab tu ramai yang lingkup dalam perniagaan. cari la mentor, sifu, senior mintak tunjuk ajar.. cari yang tak lokek ilmu ok.... lastly, cek nak habaq kan..jangan kita berniaga sebab kita nak kaya.. why?? why?? perniagaan tu sememangnya untuk menambah pendapatan tapi jangan kejar nak kaya dulu..jangan kejar nak untung berganda-ganda.. yang penting adalah memiliki pelanggan yang boleh setia dengan kita dan memiliki power untuk menarik lebih rmai pelanggan setia..dengan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang terbaik dan istiqamah. jangan tenggelam timbul ke kalau nak berniaga..nanti orang pun was-was dengan kita..


ok..setakat tu dulu..........sila la ringan kan hati untuk berkongsi kejayaan anda semua didalam ruangan komen. saya pun masih baru dalam perniagaan baju muslimah dan sabun muka untuk hilangkan jerawat & parut...

sekian sahaja, bertemu lagi kita di lain waktu.. :)

#oh ye..siapa nak stokin baby dalam bentuk hamper?? boleh bagi kat sesiapa yang bakal menjadi ibu atau yang baru melahirkan baby ke...ada 3 lagi stok.. RM15 / RM10 je tinggal.. dalam tu ada 3 & 2 pasang stokin baby  saiz 6-12mths.



2 comments:

Anonymous said... [Reply]

wah..menarik ! hamper tu buat sendiri ke? boleh la kalu nak tempah hamper..meera duk Kuantan je kan

cikgu zul said... [Reply]

@Anonymous 1st time buat hamper n ribon tu..masih belajar. refer youtube. huhu.insyaAllah satu hari nti jadi tauke hamper manala taw kan..rezeki tuhan nak bagi..