MENYIMPAN DI ASB ATAU TABUNG HAJI, MANA LEBIH BAIK?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Salam tahun baru, 1435H aok mer..huhu. Kenapa Meera tetibe buka isu ni? nak menabung ke mana kita ni?? Sebenarnya semalam ada plan ngan teman Meera nak menabung kat asb. Standard dividen asb sekarang 7%-8% setahun. Jujur cakap, saya memang tak arif langsung bab2 pelaburan ni.

Nak dijadikan cerita, tanya Along, kakak pertama Meera. Asb ok tak? dengar cerita asb kalau guna loan rugi if compare dengan guna simpanan sendiri..so Along jawab, loan ok je..kalau simpanan sendiri tak boleh nak dapat banyak la dividen sebab jumlah duit orang menyimpan sendiri ni tak sebanyak jumlah orang buat loan asb. lagi banyak loan lagi banyak dapat dividen. Pendek cakap, makin banyak kita keluarkn modal makin tinggi la dividen kita dapat.

ok..search kat google pulak..nak tahu pendapat orang tentang asb loan. Al-maklumlah nak keluarkan modal sendiri untuk melabur asb paham-paham saja la kita ni tak banyak simpanan..huhu. ok, buat loan asb dan guna modal poket sendiri masing-masing banyak pro and contra dia. bagi sesiapa yang berdisiplin dan tak banyak komitmen untuk masukkan duit poket sendiri ke akaun asb dalam RM200 setiap bulan (contoh) tanpa miss so saya pun setuju, labur jelah guna duit sendiri sebab pakai duit sendiri dah terlepas dari kena bayar interest loan tu.

tetiba sahaja, teringat abah pernah cakap menabung di Tabung Haji untung sekarang ni..(masa tu hujung tahun  2012) sebab pulangan yang tinggi.. saya search pulak tabung haji..ok, dividen Tabung Haji pun tinggi jugak untuk tahun 2012 iaitu 8%. hehe, tak nak cakap panjang nanti diri sendiri yang pening so kesimpulan yang dapat Meera buat kat sini...

Asb ada dua cara sama ada secara pinjaman/loan atau labur dengan duit simpanan sendiri.. orang cakap la kan,setakat ni pulangan yang tinggi dari Asb maybank n cimb. Tabung Haji memang pulangan agak banyak juga dan dah ditolak dengan zakat sekali. Maknanya kita tak payah fikir dah pasal zakat kita tak berbayar lagi atau tak settle lagi. Asb pulak belum tolak zakat. Then ramai yang sarankan jangan pegang pada satu benda ja, better simpan asb dan tabung haji sekali. lagipun asb tak da penama kalau kita meninggal nanti tak ada wakil yang boleh amik asb tu tapi Tabung Haji ada penama...

apa yang penting, pastikan kita berurusan dengan orang yang betul-betul nak tolong kita..jangan pulak ada kos tersembunyi dari pelaburan yang kita buat tu, tapi tak dimaklumkan pada kita. Nanti tetibe tiap bulan cek akaun ada pulang yang tk kena dengan duit simpanan kita tu...

kalau ada antara pembaca kat sini yang arif tentang di mana tempat pelaburan yang terbaik ni, boleh aje komen kat bawah ni ye..saya pun nak tahu jugak..hehe. sekian..

4 comments:

Anonymous said... [Reply]

Saya sendiri melabur di kedua kedua instrument tetapi lebih banyak pada asb sebab zakat yang dibayar di gunakan untuk mengelakkan potongan cukai. Zakat Tabung haji dah bayar so kalau ada cukai kena bayar lagi.

cikgu zul said... [Reply]

@Anonymous owh..macam tu ke..baru sy tahu.. terima masih ye

AZAD Shoppe said... [Reply]

Asb ade loan kan.. Tabung haji ade loan tak??

cikgu zul said... [Reply]

@AZAD Shoppe setahu saya tabung haji tak ada loan..