TABIK PADA PAKCIK MAJID !! TAHNIAH PADA YANG PRIHATIN !!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pada 6 November 2013 warga Kuantan am nya dikejutkan dengan berita seorang pakcik yang berumur 57 tahun, ingin menunaikan nazar sekiranya Pahang menang Piala Malaysia 2013. Berita mengenai pakcik tu tersebar luas melalui laman sosial facebook. Kat sini, koi cuba menyusun kronologi perjalanan pakcik Abdul Majid bermula dari 6 November sehingga setakat 8 November, entry ini ditulis.. tapi mungkin tak lengkap..InsyaAllah,saya akan update lagi selepas daripada hari ni. Sumber dari :  Facebook Kuantan, youtube/pakcikbernazar. Ini ceritanyaa...

pada jam 8.00am, 6 Nov.2013 saya yang berada di lampu isyarat Permatang Badak ada ternampak seorang pakcik memakai jersi Pahang warna Kuning, bersama-sama dengan beg galas serta bendera Malaysia dan bendera negeri Pahang. Pada jam lebih kurang 8.15am, saya singgah di Akademi Memandu Kuantan (AMK), dan lagi sekali ternampak kelibat pakcik ini berjalan kaki menuju entah kemana.. Sampai ditempat kerja, kedai no.6, Stadium Darul Makmur seperti biasa membuka laman facebook dan ternampak post dari page Kuantan berkenaan pakcik berbaju kuning itu.....kronolgi disambung...


semenjak pagi itu, orang awam tak putus-putus untuk memaklumkan mengenai pakcik Abdul Majid..seterusnya rakaman dari youtube..yang ada menceritakan :

Nama Beliau Abdul Majid Bin Abdul Hamid,57. Beliau menetap di Beserah,Kuantan Pahang. Kerja beliau hanyalah seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah di Kuantan. Pada hari ini beliau telah menjalankan nazarnya untuk berjalan kaki selama 7 hari bagi menunaikan niatnya jika Pahang menang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Beliau berkata akan menamatkannya di Stadium Shah Alam pada minggu ini jika keadaan beliau,cuaca dan pelbagai lagi mengizinkannya. Rakaman ini telah di lakukan di hadapan UMP Gambang pada jam 1.30 pm (06/11/2013) [sumber]


Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan berjalan dari Masjid Negeri ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu.Beliau menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini. 



 Sumber dari Mohd Zaidi Ramli -Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2han pakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH!



# Terima kasih kepada yg memberi sumbangan terutama staff PASDEC, Pejabat Tanah dan Galian serta lain lain individu yg turut serta mberi sumbangan. 

nak dipendekkan cerita, selama seminggu setiap saat, setiap detik ramai orang akan berhenti bergambar dengan pakcik ni.. (bergambar je ke...??hehe) dimana-mana saja jika mereka terserempak dengan Pakcik Majid ni. Jika dilihat dilaman sosial Facebook, banyak bantuan yang diterima Pak Majid tapi tak silap koi Pak Majid ni tak terima beberapa bantuan macam peginapan di hotel atau bantuan pengangkutan. Yelah,beliau bernazar pun tak da nak dicanang-canang kat YB atau nak hebohkan pada pemberita beliau pasang niat nak berjalan kaki ke Stadium Shah Alam.. ang berhati mulia 

Alhamdulillah, Allah beri perlindungan kepada Pak Majid. Saban hari ada sahaja orang yang berhati mulia memberi selipar baru, kasut baru kepada Pak Majid. Pakcik tu pakai selipar je kut berjalan jauh tu. keselamatan kaki tu kan penting. beberapa hari lepas tu, ada pulak doktor, yang sanggup datang memeriksa kesihatan pak Majid. Periksa Jantung bagai la..

Memang seronok ambil tahu perkembangan Pak Majid, bukan nya seronok nak mereka cerita ok tapi seronok tengok semangat yang ada pada beliau. Muka dalam setiap gamabr yang diambil oleh orang ramai tak nampak langsung pak Majid dalam keletihan atau muka mnyesal berjalan jauh-jauh. Muka bahagia n tabah je tengok. sampai la disaat-saat Pak Majid semakin hampir menuju ke Stadium Shah Alam, ramai pulak anak muda yang follow belakang berjalan kaki bersama-sama Pak MAjid. Tahniah ok !! semangat korang memang wa tabik lah.

sampai sahaja Pak Majid di lokasi yang ditujui iaitu Stadium Shah Alam,memang ramai giler yang menyambut ketibaan beliau dan masa tu lah baru kelihatan muka penat lelah pak Majid. akhirnya Pak MAjid berjaya juga tunaikan nazar. too be continue.. (nak sambung lagi tak ni..? cerita dah habis cuma tak update gambar..ala, tunggu jelah ye..hehe)










No comments: