MACAM MANA NAK CANTIK?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye ladies..ada ke jejaka nak baca entry yg ni? kalau baca pun tak salah. boleh share pada orang lain pulak.
bila sebut pasal cantik,ladies2 kat dunia ni akan memandang raut wajah dulu..yew,muka dia sangat cantik. cun giler muka budak tu..ok, fine.. cantik tu subjektif.

 maknanya, cantik tu sendiri tak sama pada mata semua orang. kalau ada 100 000 orang cakap saya cantik..hehe, tapi masih ada 1 000 000 000 orang lagi yang kata saya ni seorang yang kurang cantik, biasa-biasa sahaja atau tidak cantik langsung!!!

yang paling HoT, orang ramai akan cakap orang cantik ni refer kepada ladies yang kurus2 je, yang berbadan besar,please move from our list!! no way mennnnn. bukan macam tu sepatutnya. tips kali ni sesuai untuk ladies yang kurus atau yang tak berapa kurus..


1. korang kena berkeyakinan tinggi

sila letak tangan dihati korang dan cakap "aku lah yang paling cantik, dan aku bersyukur dengan kecantikan yang aku ada." mereka yg cantik itu mungkin tidak secantik sifat dalaman yang kita ada..dan kecantikan luaran kita mungkin tidak dapat menandingi kecantikan sifat sopan santun, berbudi bahasa seorang wanita yang anggun.



2. cuba ubah penampilan
kebanyakkan ladies yg merendah diri ni biasanya disebabkan dia tak cantik..tapi korang pun kena ingat. penampilan diri itu juga penting. kalau selama ni korang rasa diri korang selekeh, cuba tanya pendapat orang yang mempunyai penampilan yang menarik. minta pendapat dorang pakaian yg sesuai dgn diri kita.. ataupun search google atau youtube je.. AMARAN!! NAK CANTIK TAK PERLU BERPAKAIAN SEKSI APATAH LAGI JIKA ANDA SEORANG MUSLIM.



3. senyum adalah sedekah dan senaman
sentiasa ringankan bibir yang mulus?? tu untuk senyum. bukan senyum sorang2 tapi senyum bila mata kita menyapa mata orang lain. jangan masamkan muka sebab muka kita akan lebih kelihatan tua jika tidak senyum. bila kita senyum, buat orang akan rasa senang dengan kita. dapat pahala lagi...muka kita juga akan nampak kelihatan bahagia dan ceria.



4. sentiasa bersikap positif
mulai saat ini, sila bersangka baik kepada Tuhan, rakan-rakan, ibu bapa..dan orang disekiling kita. jangan abaikan segala nasihat yang diberi dan jangan cepat melenting jika ada orang cakap badan kita berbau, kita seorang yang pasif dan lain2 lagi. cuba bergaul secara sihat dan bergaul dengan orang yang boleh memberi perubahan yang positif kepada kita.. cuba tangani stress dengan profesional dan berdoa kepada Allah banyak2, jangan sesekali putus asa.


5.  Berwuduk dan amalkan doa dari surah Yusof..
berwuduk merupakan salah satu petua untuk menaikkan seri muka.kalau tak caya, ce tengok muka wajah2 orang yang tidak meninggalkan solat. mereka selalu berwuduk dan lihat raut wajah depa..sejuk dan tenang je mata memandangkan?? apa yang penting? niat mesti kerana Allah Taala.
lagi satu, amal la ayt al-Quran dari surah Yusof untuk menyejukkan pandangan orang kepada kita.InsyaAllah.

surah Yusof ayat 4 :

YANG PENTING HATI MAHU BERSIH..BARU LAH KECANTIKAN SEBENAR AKAN TERSERLAH

1 comment:

Teena Tna said... [Reply]

Saya suka part senyum tu sbb sy mmg suka senyum. :)
Nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too.. :)

insanbiasabiasa@blogspot.com