TIPS JADI KAYA CARA SENANG..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hari ni dah masuk 14 Mac 2013., cane ek? kita nak untung bila berniaga ni? LISTEN! ARE YOU READY FOR OUR  LESSON, GUYS? hehe..

mula-mula ni koi nak bagi tips menyimpan duit dulu. kadang-kadang kita memang pasang impian nak saving RM5000 untuk tahun ni, misal kata. so, cana cara dia??

1. buka akaun dari mana-mana bank. jangan keluarkan duit dari akaun bank awak semua semata-mata terpengaruh dengan sale baju, barang make up.. gunakan dengan cermat ok.kadang2 kita rajin nak keluarkan duit tapi tak rajin nak masukkan duit dalam akaun semula. betul tak? duit yang kita simpan dalam bank tu sebenarnya pihak bank laburkan dan duit kita akan pergi ke merata tempat.. hasilnya? kita akan dapat dividen (pulangan) dari wang simpanan kita tu. even tak banyak tapi tetap ada.



2. lupakan sejenak anda mempunyai duit yang berbilion-bilion rupiah.. pastikan anda tidak habiskan duit anda untuk kegunaan yang tidak penting dan hanya untuk memuaskan nafsu semata.contoh?? nampak orang pakai iphone, nak jugak beli iphone.. itu teknologi beb. teknologi akan semakin canggih dan semakin berkembang. kesannya, anda tidak akan puas dengan apa yang anda ada.ok, tak maw mcm tu..

3. beli barang lelong atau seconhand. cakap nak kaya. even anda pakai iphone 2nd or 3rd hand, itu bukan ukurannya. yang penting masih boleh dipakai dan anda mampu memiliki iphone dengan harga yang sangat murah berbanding dengan harga asal. begitu jugak nak beli kereta misalnya, anda mempunyai kereta lancer merah dengan harga hanya rm20k??? orang tak kan pandg da kereta 2nd hand anda tu, tapi apa yang pasti, para wanita dan jejaka akan terpesona dengan kereta yang anda miliki.. tak gitu ke? hehe.



4. Simpan duit syiling. andai kata nak masuk ke tandas, guna kan note seringgit dan anda akan dapat baki syiling. betul kan??hehe. so, simpan la duit syiling tu ditempat yang selamat. nak beli rokok sebatang pun sama. pakai duit kertas, baki duit syiling anda simpan dan kumpul sehingga jadi bukit setongkol ok? macam saya sendiri, memang simpan baki duit syiling, tapi disebabkan simpan di tempat yang kurang selamat, duit syiling seperti bukit itu ditarah sedikit demi sedikit menjadi jalan tar da sekarang..

5. last skali...berazam la untuk menyimpan duit mulai sekarang. jangan dibiarkan duit 10 sen disaat anda senang lenang kerana duit 10 sen tu jugak la yang mampu mencukupkan duit anda menjadi 10 ringgit.....
dah banyak duit boleh la kahwin pulak..hehe.



sekian..senyum sokmo neh... mohon maaf jika ada tersalah kata yang tidak sengaja....





No comments: