DOSA PENZINA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Lama kan tak jumpa??

Ok,pape hal kita ambil tahu dulu apa itu zina..
Definisi zina:
• Zina ialah persetubuhan haram pada faraj wanita dengan kemahuanya, tanpa hak milik, tanpa hak milik syubahat dan tanpa akad nikah yang sah. Menurut pendapat Ibnu Qudamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada faraj secara haram dan tanpa syak dan sebarang syubahat.

Penzina... Dia berzina sehingga menyebabkan mengandung anak tidak sah taraf. Namun digugurkan kandungan atau menjadi pembunuh dengan membunuh bayi selepas dilahirkan. Adapun yg melahirkan dengan selamat, tidak dibela malah dibuang tanpa memikirkan nasib si bayi pada masa akan datang. Dosa si penzina..tidak menghiraukan larangan Allah s.w.t supaya jauhi zina. Sehingga menitisnya air mata si ibu dan ayah apabila semuanya terbongkar.. Berdosa nya menyebabkan ibu mengalirkan air mata kerana derita disebabkan kita. Apa lagi yang kamu lakukan?? Malangnya berulang kali zina itu dilakukan..kan Allah s.w.t dah pesan.. Jauhi zina jauhi zina jauhi zina!!! 
Sudah lah.. Cari la seseorang yang boleh membimbing kita. Jangan bongkak! Jangan biarkan diri kita dihanyut dalam pelukan syaitan yang direjam. 

Tidak mahu bertaubat?? Esok masih ada?? Ya.. Memang esok masih ada tapi belum tentu hari esok menyebelahi kita.
Bertaubat lah..semoga hidup kita berakhir dalam husnul khatimah.. Pengakhiran yang baik...


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS.Al Israa. ayat 32)

No comments: