PEMERGIAN YANG AMAT DIRASAI

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

siang di Kuantan seakan mengerti kehibaan hati..muram cuaca tak seriang mentari pagi sebelum itu. aku yang kehilangan akar umbi jasad keturunan merintih dalam sepi. oh Tuhan, Engkau ambil la segala kebaikan yang ada padanya..Engkau tinggal lah segala keburukannya..semoga Tok aman disana. Maznah binti Abdul Kadir, perginya menuju Yang Esa sekitar 1.50 pagi 27 November 2012, (13 Muharram 1434H)  sempat menjengah usia ke-73 tahun. tiada sakit disaat tubuhmu berdaya namun tiada lagi penawar setelah kau tiada.wajah tenang menyenangkan hatiku merelakan pemergianmu. peninggalan berharga hanya ada pada kenangan kita bersama..

Arwah Tok yang berasal dari Singapura, berketurunan China-Singapura mempunyai 4 orang adik beradik..semuanya perempuan. adik-beradik arwah pun semua dah tak ada..dan semuanya meninggal dengan cara yang sama. Sepupu ma dari Johor ada bagitahu, memang adik beradik tok meninggal sebab sakit tua.. memang tak pernah ada penyakit.sakit sekejap then terus meninggal.

Tok dimasukkan ke hospital sebab demam.tapi doktor cakap Tok xda sakit apa-apa.cuma penat je.ok la, hari ke-3 tu bawa la  Tok balik rumah kat Kampung Penadah, Pekan. tapi, malam tu, tetiba tok semput.  Cik Huda (mak saudara) bawak semula Tok balik ke hospital..Ya Allah,jantung tok dah tak berdenyut. Doktor mintak kebenaran untuk guna pump elektrik. Alhamdulillah, Tok sedar semula. masa tu semua adik beradik ma dah ada kat Hospital Pekan. Doktor ada pesan, jangan tinggal kan Tok sebab Tok memng kritikal dah..TOk dimasukkan ke ICU.memang suasana masa tu penuh suram dan dengan air mata..masing2 bacakan Yassin untuk Tok..

petang hari isnin 26hb.Tok semakin ok, bila aku dan adik (ayen) datang jenguk Tok, Tok sedar je, siap nak bercakap sakan lagi..tp bercakap guna isyarat tangan la sebab tok tak boleh nak bercakap..pakai topeng oksigen tu.sebab tok dah lama tak jumpa ayen.gayanya seperti Tok gagah kembali. lepas Maghrib, Efa (kakak) ajak balik rumah, sebab die kene keje esok harinya..aku pun ikut balik la..ma abah saudara-mara stay kt hospital.malam tu, memang aku tak boleh nak tidur..memang tak sedap hati.

jam 11 malam, ma call efa, amirul (sepupu) call aku, cakap tok tak sedarkan diri dah..pada mula nya ma suh epa datang hspital, tapi  disebabkan dh lewat, ma cakap duk rumah dulu...pape nanti ma call balik. efa dan aku memang nak gerak ke hspital..tapi dh lewat, memag tak berani la nak turun Pekan kalu mcam tu,,dahla balik magrib tadi pun ada kereta sape ntah, ikut belakang kereta kiteorang..nasib kat simpang Sg Soi kereta tu menghilang.

hm...pukul 1 .50 pagi macam tu (27hb Novemebr), dapat call dari amirul.."yah, tok dah meniggal da..baru meninggal.." tersentap jugak la hati ni..aduh! macam mane ni..memang tak berani la turun pekan pagi2 macam tu. aku mesej Aiman, cakap Tok dah meninggal..nasib baik Aiman tak tidur lagi..dia offer tolong hantr kiteorng p hospital pekan.. Alhamdulillah, nasib baik aiman tolong..tapi dah sampai kat hospital dalam pukul 2.45pg, jenazah Tok dah dihantar ke rumah..bergegas la kiteorang p rumah tok.. pesanan terakhir tok sebelum meninggal kpd isteri pak atan (mak saudara), tolong sarungkan kain telekung yang dibawa balik dari umrah  kalau dia meninggal nanti..

segala kerja pengebumian selesai dalam jam 11 pagi hari Selasa dengan diiringi titisan hujan..




 AL-FATIHAH..

TANDA WAKAF

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA..

hye..sihat ke rini? yela..sekarangkan musim hujan. so, jaga la diri tu leklok ye.hari ni topik pasal tanda wakaf.tanda wakaf dalam ayat al-quran memang memainkan peranan yang penting..silap2 bila kita redah je tanda wakaf, dikhuatiri lari lah maksud ayat yang dibaca..

Belajar ilmu tajwid itu Fardhu Kifayah tetapi membaca Al Quran dengan tajwid yang betul adalah Fardhu Ain. Saya pun tak mahir dalam ilmu tajwid n wakaf ni, tapi kita kena belajar la.. lagi satu,belajar ilmu al-quran ni, kita tak boleh sesuka hati hanya buka youtube atau cari kat mana2 tempat rujukan tanpa ada seorang guru yang boleh mengajar. tak gitu ke..baru mana2 kesilapan kita boleh diperbetulkan dengan sempurna. wallahualam..

kat bawah ni saya lampirkan sekali tanda2 asas wakaf diambil dari laman fb Tanyalah Ustaz supaya boleh dijadikan rujukan dan ingatan..bagi yang belum pernah tengok tanda ni, boleh la belek satu persatu helaian al-quran dan cari la se cikgu yang boleh dipercayai untuk mengajar kita tentang hukum-hakam ni..sekian, sama2 lah kita perbetulkan bacaan ayat suci Al-Quran.. in sha Allah..




# BERDOA UNTUK KESELAMATAN SAUDARA KITA DIBUMI GAZA. AAMIN.

TOKOH USAHAWAN MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

pagi ni bersemangat nak bercerita tentang individu-individu yang telah berjaya dalam hidup. Ada yang bermula dari bawah dan ada juga yang mewarisi peninggalan keluarga..bukan senang nak jadi senang.jom tengok siapa Tokoh Usahawan yang Dihormati tu..


1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary





Kehidupan beliau semasa kecil tidak semewah orang lain dan hidup dalam serba kekurangan. Rumah beliau ketika itu tidak mempunyai katil untuk dijadikan tempat tidur malah kerusi, meja pun tiada. hal ini menyebabkan beliau susah untuk mentelaah. Taraf pendidikan yang tidak tinggi, hanya sehingga tingkatan lima dan tidak pernah memasuki universiti, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary teguh dengan prinsipnya; pendidikan tidak menjamin kejayaan hidup tetapi kerja keras menyebabkan beliau sangat berjaya dan menjadi antara individu terkaya Malaysia kini.


Bagaimana beliau menempuhi kehidupan yang serba kurang suatu ketika dulu?


Syed Mokhtar Al Bukhary membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran dipasaran serta menjual roti canai. kerja ini dilakukan beliau dalam usia yang muda ketika beliau dibangku sekolah lagi.Beliau juga  membantu ayahnya menternak lembu selepas tamat sekolah tapi malangnya tidak berhasil akibat dari penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun, Tan Sri Syed Mokhtar gigih bangkit semula dengan menceburi bidang perniagaan  dengan menjual daging. Beliau akan pergi ke satu pekan ke pekan yang lain di sekitar Alor Setar untuk membeli daging yang tidak terjual. lalu dibungkus daging itu bersama ais dan menjual semula kepada restoran dan peniaga Bumiputra di sekitar Alor Setar. Dari perniagaan menjual daging, segalanya berubah. Tan Sri Mokhtar Al Bukhary melihat peluangnya cerah dalam bidang perniagaan lalu menceburi pula dalam perniagaan pengangkutan seterusnya perniagaan beras.Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.



Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita." Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

[sumber]

2. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh



Dahulu.. insan ini selalu berulang alik menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Kini, beliau sendiri telah memiliki sebuah rangkaian operasi bas iaitu  BAS SANI EKSPRESS. bercerita tentang pengalaman, Datuk sani tidak pernah menyangka untuk berada pada tahap yang beliau peroleh sekarang memandangkan minat untuk berniaga memang ada sejak remaja lagi.

Bagaimana beliau memulakan perniagaan?

Pemilik rangkaian operasi bas ini terdetik untuk menjalankan perniagaan bas selepas selalu berulang alik dari KL- Terengganu dengan menaiki bas. Memang tiada siapa yang menyuruh dan tiada siapa memberi pendapat tetapi segalanya bermula dengan keinginan sendiri. Datuk Sani berkata, dengan kelebihan yang beliau ada iaitu pandai mencari peluang dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin Datuk Sani terus menlakukan kajian terperinci, menganalisi dan menstruktur strategi. Beliau tekad untuk menyediakan perkhidmatan bas terbaik melalui pengalaman beliau yang pernah  menaiki perlbagai perkhidmatan bas.

[sumber]


#SIAPA KATA KITA TAK DIBERI PELUANG UNTUK BERJAYA..SIAPA KATA NAK BERJAYA TU SENANG..SIAPA KATA NAK BERJAYA TAK PERLU USAHA YANG KUAT??#

bila baca kisah2 orang berjaya ni..terutamanya yang bermula dari bawah,,terasa semangat yang hilang dah kembali datang..then, mula la berangan nak buat macam2 business..berangan tu bagus,tapi jangan sampai angan2 tahi ayam suda la..


TUHAN BERIKAN PEDOMAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

 lirik lagu Pedoman nyanyian Nora..

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

 <sumber>