Bahasa Melayu indah sekali...

assalamualaikum...

mak ai..lame giler dah tak lepak kat sini..nak kata sibuk tu tak juga tapi broadband xdop nk men update sokmo blog ni.. hari ini aku nak jadi cikgu..cikgu apa??? cikgu bahasa melayu.nak kenalkan pada korang semua peribahasa dan sinonim yang jarang mungkin orang mendengarnya..

  • abang kendong > abang angkat yang kemudian menjadi kekasih.
  • aci kerat jari > yakin akan terjadi.
  • bagaimana disepuh emas lancung,kilat tembaga nampak jua > gambaran seseorang yang memiliki tabiat yang tidak baik.walaupun diberi nasihat, perangai nya tetap tidak berubah.
  • bodoh sepat > pura-pura bodoh
  • bongkok baru betul,buta baru celik > sombong kerana baru kaya dan mendapat pangkat.
  • boleh balik kampung > tak nak ambil peduli lagi.
  • tahi kucinglah > tidak percaya.
  • nyiur koman > orang yang tak berguna.
  • hodoh hak kita,molek hak orang > milik sendiri tentu lebih disayang walaupun buruk.
  • pengayuh sayang dibasahkan,sampan takkan sampai ke seberang > takutkan kerugian yg sedikit takkan dapt keuntungan yg besar ; kalau tak berusaha tidak akan daat mencapai kejayaan.
  • suka hati di dada, ringan beban di bahu > pekerjaan yang berat sekali pun, jika minat melakukan nya tidak akan terasa beban nya.

ok..sape2 yang rasa suka buat karangan, selit lah sekali bahasa2 puitis ni...bahasa melayu kan indah..tak gitu?? masuk exam pun boleh dapat markah lebih ni..hehe..salam. 




best tengok kampung zaman dulu2.aman je



kali terakhir mungkin..

assalamualaikaum...

selamat petang sahabat2ku sekalian...dah lunch ke belum kamu semua??
insyaALLAH hujung tahun ni aku akan menamatkan pengajianku di Penang.. mugkin ini kali terakhir aku akan handle semua aktiviti yang ada di politeknik tu.huhu..memang akan rindu banget nanti. dan mungkin jugak kali terakhir aku menjejakkan kakiku ke Penang..sapa taw an..dah keluar dari penang jalan nak ke sana pun dah tak ingat..perjalanan selama 3 tahun yang sangat3 bermakna sebab di sana hidup aku berubah..Alhamdulillah.. walau pun tak sebagus orang lain tapi aku  bersyukur..

guys..aku sayang korang semua..member baik DPM,DJL,DMT...adik2 junior yg aku sayang banget..hehe.. ada rezeki kita jumpa lagi k... perjalanan aku selepas ni?? mungkin  cari kerja.time to sara hidup keluarga lak..asyik family jer yang sara hidup aku..tak cantik macam tu. thanks to abah n ma n my sisters and brothers.
sambung study?? memang aku nak sangat..kalau ada rezeki boleh. k la.nak pergi dulu..jaga diri korang semua baik2..hidup kat dunia ni sekali je..beramal la banyak2 sebelum terlambat. assalam...





aris ariwatan : cinta 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan



first love is always forever... ♥♥♥



                                                  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

who was your first love..?? I have been  thinking about that for many times but i still not find the answer yet. aku tak rasa pun lelaki yang pertama yang berjaya mencuri hati aku adalah cinta pertama kerana selepas itu aku terjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari yang sebelum tu.. jauh beza nya dan aku rasa dia lelaki yang terbaik pernah aku jumpa.

but that boy still not my first love because he was the second one..hehe. sampai la aku berada di penang..finaally..aku berjaya mencari cinta pertama aku yang sebenarnya. alhamdulillah.
macam mana aku berjaya jumpa dengan cinta pertama tu?? aku selalu berdoa supaya hati aku menemui sesuatu yang benar..dan aku dah jump pun. rasa sangat rindu bila tak bertemu..susah senang aku Dia yang jaga...

apa yang aku buat?? asal ada masa free aku akan berjumpa selama mana yang aku nak.. mengabdikan diri hanya padaNya..yes!! my first love is Allah S.W.T.. and everybody should be   like that too. memang aku tak nampak..semua orang tak akan pernah nampak siapa tuhan mereka..tapi kita diberi akal untuk berfikir dan hati untuk merasa bahawa Allah itu wujud. 

rasa sangat seronok..hati jadi tenang..masalah ada pun macam tak ada.so,hidup mesti ada pedoman.. berpandukan kalam suci, al-Quran dan hadis....... sekarang aku agak tergelincir..terbabas pun ada.but i will try my very best to be a good muslimah.. insyaALLAH... korang-korang yang baca,membaca dan terbaca entry aku  ni tolong lah doakan untuk aku sekali yew...thanks.. may Allah bless us.