apa yang penting.........?? ISTIQAMAH..

istiqamah tu adalah satu sifat dimana kita tekun dan tetap berterusan dengan amalan kita..tentang apa yang kita lakukan..kalau mengikut istilah dalam islam, istiqamah tu pendirian seseorang yang tetap hati dan tekun untuk mencapai apa yang dihajati.. bila kita buat sesuatu yang baik,elok lah diteruskan walaupun kebaikan yang sebesar zarah sekali pon. contoh nya,hmmm.. senyum pada orang apabila bertemu..senyum tu pon satu ibadah sebab dah dikira sebagai sedekah kan??

sesuailah dengan sabda Rasulullah S.A.W "sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."

tapi istiqamah yang kita buat tu kalau boleh biar lahir dari hati,ikhlas kerana Allah S.W.T. kita paksa diri kita insyaallah lama-lama rasa lah kemanisan tu..jangan jadi macam paku n penukul..sekali ketuk sekali masuk..nak kena mak ayah tanya, bf n gf ingatkan..kawan-kawan tegur baru kita nak buat balik kebaikan yang dh kita buat sebelum ni.memang elok kalu ada orang yang ingatkan kita tapi bila mulut mereka tak berbunyi,kita pon senyap je..jadi pasif balik.tak boleh la macam tu kan..jangan sampai ada rasa jemu nak buat perkara baik ni..contoh yang paling senang la..solat.solat tu tiang agama.semua orang dah tahu hal ini. tak payah nak diulang banyak kali kan..tapi kita kena tahu jugak, kat akhirat nanti benda pertama yang di hisab tu adalah solat kita. kalu solat kita tu tak sempurna, Allah S.W.T suruh malaikat tengok pulak solat sunat yang pernah kita buat..untuk backup solat kita yang tak sempurna tu tadi.tapi kalau solat sunat 2 rakaat tu pon berat badan nak buat,alahai...sia-sia la hidup kat dunia ni.. istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu..jangan ada rasa jemu,malas nak solat..ad jugak orang style yang suka lambat-lambatkan solat..tapi kalau lambat pergi kerja ke,lambt hadir kuliah ke,,tahu pulak nak berkejar-kejaran..mesej member suruh punch kad kan kad.takut kad tukar warna merah pulak.

Allah S.W.T ada berfirman "hai hamba-hambaKu,kenapa jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu."

hm..rasa nya cukup setakat ni dulu nasihat untuk kalian dan untuk diriku juga..ingat, apa yang penting......???KERJASAMA..haha,silap da..ingat ni wonderpets ke.. APA YANG PENTING..ISTIQAMAH..SEMOGA KITA DIBERKATI ALLAH TAALA DAN MENERUSKAN AMALAN-AMALAN MURNI KITA KE JALAN KEBENARAN DENGAN BERSUNGUH-SUNGUH KERANA ALLAH TAALA SEMATA-MATA..  nak bersiap-siap balik kampung pulak ni..cuti pertengahan sem..wee..seronok dapat jumpe mak ayah..and famili yang lain..ASSALAMUALAIKUM.


peringatan untuk diriku juga....

Andai syurga dan neraka itu tidak ada,mahukah kita beriman kepada
Yang Esa????


"Ya Allah, sekiranya aku menyembahMU kerana takut akan neraka, bakarlah aku di dalam neraka. sekiranya aku menyembahMU kerana syurga, campakkan lah aku dari syurga. namun sekiranya aku menyembahMU semata-mata demiMU, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMU yang abadi kepada ku"
-Rabiah Al-Adawiyah


alangkah bgus nya jika kita juga berada dikalangan ahli sufi seperti Rabiatul Adawiyah.. Subhanallah.
mungkin kita tidak akan sampai kepada tahap  itu, tapi kita sebagai hamba kepada Al-Khaliq,kita harus bersyukur atas segala nikmat yang tidak terkira malah tidak boleh dikira nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada setiap hambanya didunia. namun,manusia hanya dapat menikmatinya apabila mereka dekat dengan Allah. nikmat yang sempurna adalah nikmat melihat zat Allah yang mulia..




seorang tokoh sufi yang lain pernah mengungkapkan "orang lain mahu melihat wajahMU ya Allah tetapi aku mahu Engkau melihat wajahku!"wallahualam..

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

takwin psp

final semakin menghampiri semua pelajar politeknik seberang perai. termasuk la diri aku ni..yang akan menduduki peperiksaan akhir pada 4 April 2011 nanti. semester ni semester pendek..belajar stakat 4bulan lebih je kot, cuti 2bulan dan...akan menjalani kehidupan sebagai pelajar untuk kali terakhir nya di PSP pada pertengahan bulan Jun nanti. insyaAllah..harapan aku, semoga segala perjalananku di Penang ni akan berakhir dengan selamat dan segalanya berjalan dengan lancar..

sekarang ni semua orang duk pulun study hard..tp aku ni gaya nya seperti orang yang taknak belajar da..sebabnya,orang lain menghadap buku.aku mengadap ni la..blog aku ni..it's okey then,kalu kita boleh manage masa kita..janji pointer maintan je..hehe. kalu bertambah jd 4.00 pon ok jgk an..kalau diizin kan Tuhan la.. Amin. minggu ni pening dengan test..even 2 subject je tp nak menghafal theory tu...bukan kegemaran ak. nak dijadikan cerita,sem ni 1 subjek tu aku kne star dalam kira2 n teory...formula tak diberi time exam nanti..dan apa yang paling memeningkan kepala budak poli sekarang ni adalah... belajar nya dalam bahasa melayu tapi final nanti soalan die pure in english..ape da...tak sistematik langsung.

harap-harap adalah perubahan nya nanti..sebab nye semua perubahan tu bermula pada sem ni..rasa macam tak patut sebab kami semua belajar nya dalam bahasa melayu..mana boleh nak sama kan terms bahasa melayu dengan bahas inggeris kan..kesian pada kawan-kawan lain yang agak lemah bahasa inggeris nya...termasuklah aku..hehe..nasib la..