Hadiah Apa Yang Sesuai Diberikan Untuk Perempuan??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Perempuan mana yang tak jerit-jerit, tersentuh, syahdu sendu bagai bila dapat hadiah dari orang yang dia sayang?? Habaq mai sapa yang tak suka hadiah. Bagi kaum lelaki, korang ada terfikir tak hadiah apa sebenarnya yang perempuan idam-idamkan?
Sekarang ni, kita fokus pada hadiah mampu milik dan menjadi kesukaan kaum hawa ni. Selain dapat gembirakan hati kekasih hati, korang jugak dapat save badget ! hehe.

1)      Alat solek. Pempuan memang suka bersolek walaupun sekadar tepek compact powder dimuka tapi, bedak muka ni biasa sangat,silap-silap tak serasi dan tak sepadan dengan tona kulit muka kekasih bro. Hadiah terbaik adalah.. mascara. Ye! Mascara. Korang yang lelaki ni tahu tak mascara tu apa? Senang cerita benda alah yang boleh lentikkan bulu mata perempuan. Nak full pakej ada Mascara yang boleh memanjangkan, melentik dan mencantikan bulu mata tu sendiri. Contoh dia.. Mascara Duoya Big. Aku sendiri pakai dan bulu mata aku dah macam Che Ta bini Zain tu.. Memang best ! Rm45 je harga dia. Berbaloi sebab dia tak rosakkan dan tak gugurkan bulu mata aku.



2)      Minyak wangi.. Kadang-kadang perempuan ni tak kisah perfume tu mahal ke murah. Asalkan tahan lama, wangi dan senang nak bawa merata isi dalam hand bag depa. Bagi aku, Perfume yang hampir 90% sama bau dan sama kualiti dengan original adalah perfume dari De’Xandra Perfume. Harga murah beb RM65 sebotol. Mana nak dapat minyak wangi yang 90 % sama dengan original? Aku beli dan aku rekemen ke family aku jugak. Disebabkan wangi dan tahan lama depa pun pakai minyak wangi dari De’Xandra.



3)      Biasa perempuan malu-malu kucing nak bagitahu depa ada masalah gatal rambut nak-nak kalau rambut yang banyak kelumumur. Apa kata bro bagi je hadiah serum rambut. Sebelum bro beli ke bakal isteri, bro kena la cuba dulu serum tu. Bila dah pakai bro rasa puas hati, hadiah  pulak la ke buah hati. Bagitahu bro pakai serum rambut sekian-sekian ni rambut jadi lembut and kelumumur kurang ke apa2 lah feedback yang bro dapat lepas guna serum tu kan. Mesti buah hati pun tak segan nak terima hadiah macam tu. Bab serum ni, saya ada terjumpa serum rambut jenama Myfa Serum.Murah giler RM10 sebotol. Bau serum tu perh..wangi. Cuba buka page fb AIRA Vendor Kuantan. Page tu ada jual Myfa Serum.





4)      Yang lain-lain, kalau bajet bro besar, boleh la hadiah kan Iphone, Emas ke..baru syok tapikan tunggu sah jadi bini la baru betol kan.. Baru rasa tak rugi dan tak membazir laburkan duit pada orang yang dah sah jadi milik kita..hee. Sekian.

NOTA DAH TAK RELEVEN??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye..nak nota subjek2 dalam pengurusan perniagaan ni? saya dengan ini dengan rendah hati memohon maaf kerana tak dapat sediakan semua permintaan 'junior2' Meera ni.. Bukan tak nak kasi ye..tapi untuk pengetahuan semua, silibus pengajian pengurusan perniagaan ni dah tak sama. Semua silibus sudah diupdated. Meera amik dip dulu pun tahun 2009, sekarang dah tahun 2016 nak masuk 2017 dah laling2 semua.. MAAF YE.. silibus dulu dan sekarang dah tak sama..

ok..ni tips untuk laling2 semua nak dapatkan nota2 terkini..

1. Rapat dengan senior termpat korang semua study. Tak kisah la study kat mana2 pun.. Untung2 senior yang baik hati lagi penyayang tu wakafkan semua nota2 dia pada korang semua

2. selalu update dengan lecturer. Topik yang diajar 3 tahun lepas relevan lagi tak untuk dikaji dan diulangkaji untuk tahun semasa ni... soalan yang macam mana akan selalu keluar exam?

3. Rujuk silibus terkini dengan lecturer atau kan..bila pergi library nak pinjam buku tu, tengok kat belah dalam buku tu dia tulis cetakan yang keberapa tahun bila..

4. kongsi-kongsi la nota yang korang dapat tu dengan kawan2.. mana tahu rupa2 nya korang ada terlepas sesuatu yang penting kan.. Kebanyakkan lecturer ni kan.. mereka tak kan suap ko 100% segala ilmu..pandai2 la survive.. kita kan dah di alam pengajian yang lebih tinggi..bukan level pmr lagi :)

apa2 pun, ALL THE BEST GUYS.. SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT. SEMOGA DAPAT GEMBIRAKAN HATI MAK AYAH.. oh ye,, nak buat ucapan puasa sikitt.. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUAAA PEMBACA BERAGAMA ISLAM YANG SUDI JALAN-JALAN DALAM BLOG NI... SEE YA !

Hantaran Tinggi Punca Kahwin Lambat?


Tengok la tu anggaran nilai hantaran kat Malaysia ni.. Hurm....

Sebenarnya kebanyakkan orang yang tak  berkahwin lagi ni bukan tak nak kahwin tapi hantaran kahwin tu mahal sangat. Mane nak cekaw duit puluhan ribu tu?? Nak bajet untuk Kenduri kawen lagi..

Sebenarnya salah siapa bila hantaran kahwin jadi tinggi melambung macam tu? 

Ok la,Meera sebagai orang muda... Mewakili lelaki dan perempuan di Malaysia (Muda lagi ke aku ni?) memang sangat terkesan bila fikir pasal kahwin ni. Nak mintak kerja,tapi kerja semuanya nak pakai pengalaman. Mahal betul ye harga sebuah pengalaman ni. Bayangkan kita baru je habis belajar Diploma, bila mintak
Kerja tak lepas interview pun sebab tak ada pengalaman kerja. Para Majikan semua,jika bukan anda yang beri kami peluang untuk mencari pengalaman kerja jadi siapa lagi? Fresh graduate lagi..mana nak dapat pengalaman kerja 3, 4 tahun tu ye??

Kesannya..kita kerja je apa2 janji halal padahal gaji cukup-cukup makan je..nak bayar hutang pengajian lagi kan.

Kepada Mak Ayah juga.. Tolonglah jangan tambahkan beban anak2 dengan letak hantaran tinggi kononnya anak kita ni cantik,educated,atau sebab kita dah berpenat lelah jaga anak2 dari kecik, atau ada jugak sebagai ganti kita serahkan  anak kita pada bakal suami tu.. (Jual anak?? Erkk) 

Kalau macam tu.. (Dah jual anak kan..) masa hari raya nanti jangan paksa anak perempun pak cik makcik balik raya dengan pak cik mak cik.. Jgn tanya kenapa anak pakcik makcik dah lama tak balik kampung.. Jangan marah menantu lelaki kalau tak bagi anak balik kampung (Ni luahan seorang insan bergelar suami)..  

Ada juga bakal pengantin perempuan sendiri yang letak hantaran mahal2 konon nya nak tengok sejauh mana kesungguhan lelaki tu kumpul duit yg banyak semata2 untuk memiliki dia.. Huhu.. Yeaah ! Dat rite darlim. Mase tu lah kita nak tengok kesungguhan org lelaki ni betul2 serius ke nak  mengahwini kita.. Tapi kan.. Tapi kan.. Kita kena fikir sama, apa yang penting lelaki tu bersedia untuk menjadi suami kita,galas tanggungjawab sebagai suami.. 

Ingat ye,lepas kahwin, kita akan dapat anak pula.. (InsyaAllah..) masa tu makin bertambah2 tanggungjawab lelaki untuk sara kita anak beranak.. Sebab tu lepas kahwin lelaki ni akan bekerja lebih keras sebab dalam mind set dia.. 'aku kne cari duit yang banyak bagi bini anak aku makan' sampai tak ada masa nak luangkan masa bersama, tak sempat nak cuti-cuti Malaysia, nak 2nd 3rd honeymoon..

Sebab ape jadi macam  tu ye? Sebab mase mula2 nak kahwin dulu pun kita push dia untuk kumpul duit bagi hantaran 20 ribu 30 ribu.. Mase tu kita boleh bersabar kalau dia tak contact kita, tak date dengan kita sebab kita tahu lelaki tu tengah kumpul duit untuk memiliki kita..kan? Jadi fikiran orang lelaki masa dia tengah syok cari duit utk kita anak beranak adalah ' isteri aku mesti faham ak kerja keras untuk sara keluarga. macam aku buat masa kami nak berkahwin dulu..aku tak keluar date pun dia dah tak marah, tak mesej tak call pun dia tak marah' kih3.

Sebenarnya sangat mudah urusan perkahwinan itu jika dilakukan secara bersederhana dan mengikut kemampuan kerana majlis tu insyaAllah lebih diberkati dan akan kekal berpanjangan sampai ke akhir hayat... Amin. InsyaAllah...


CARA KURUS TANPA BERSENAM, TANPA MAKAN UBAT TANPA KAWAL MAKAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


HAHAHA...tajuk punya gempak kan..ok, entry kali ni ringkas je sebab Meera tak de nak berselfie tunjuk bukti dan nak tulis panjang-panjang..

urmm.. macam mana boleh kurus tanpa perlu susah payah nak bersenam, nak makan ubat kurus ke atau nak control2  tak nak makan nasi ke tak makan benda2 berminyak ke..?

seminggu turun 1kg. Ibarat korang buang satu paket gula  dr badan korang. ade orang tu kalau boleh nak turun 10kg dalam masa seminggu. ok ni tips nak turunkan berat badan 10kg dalam masa sehari. korang potong semua kaki n tangan yg korang ada dan timbang semula.koh3..berangan je lebih korang ni kan,,

Seminggu 1kg kalau sebulan dah 4kg turun berat tu..yedak?? jangan tamak sangat la tergesa2 nak kurus..time makan banyak2 dulu tak beringat.kah3.. cara kurus seminggu 1kg adalah ambil pinggan yang saiz sedang atau kecil. jangan amik pinggan yang besar ye then isi nasi dalam kuantiti yang sedikit, setakat 1senduk setengah ok dah dan lebihkan lauk..Ambil la lauk ayam+telur dadar+sayur. Paling penting minum air lepas makan. Siap-siap makan, basuh pinggan baru korang minum air...taw?!

Ni cara saya terkuruskan badan. ye..terkuruskan badan sebab bukan niat nak berdiet pun tapi satu hari tu tetiba rasa jemu dah makan nasi.kah3.. apa yang saya buat? saya ambil sikit je nasi..orang kata mcam nak amik hati je la..pastu lauk penuh pinggan. kiranya nya nasi dah habis tapi lauk tak habis2 lagi...Lagi satu, memang jenis saya minum air lepas makan nasi, so tak ada masalah nak didik diri sendiri supaya makan tak bersilang dengan minum air.

macamana saya tahu berat saya turun? sebab dari kecik saya pantang jumpa penimbang..mesti berdiri atas penimbang tu tengok berapa kg berat. satu hari tu saya perasan berat saya turun 1kg..padahal minggu lepas timbang berat lain kg..tak mungkin penimbang tu rosak..urmm..k la, nak timbang berat badan semula. manala taw kot2 lepas tulis entry ni berat turun 20kg ke..urm.. Assalamualaikum.