CARA KURUS TANPA BERSENAM, TANPA MAKAN UBAT TANPA KAWAL MAKAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


HAHAHA...tajuk punya gempak kan..ok, entry kali ni ringkas je sebab Meera tak de nak berselfie tunjuk bukti dan nak tulis panjang-panjang..

urmm.. macam mana boleh kurus tanpa perlu susah payah nak bersenam, nak makan ubat kurus ke atau nak control2  tak nak makan nasi ke tak makan benda2 berminyak ke..?

seminggu turun 1kg. Ibarat korang buang satu paket gula  dr badan korang. ade orang tu kalau boleh nak turun 10kg dalam masa seminggu. ok ni tips nak turunkan berat badan 10kg dalam masa sehari. korang potong semua kaki n tangan yg korang ada dan timbang semula.koh3..berangan je lebih korang ni kan,,

Seminggu 1kg kalau sebulan dah 4kg turun berat tu..yedak?? jangan tamak sangat la tergesa2 nak kurus..time makan banyak2 dulu tak beringat.kah3.. cara kurus seminggu 1kg adalah ambil pinggan yang saiz sedang atau kecil. jangan amik pinggan yang besar ye then isi nasi dalam kuantiti yang sedikit, setakat 1senduk setengah ok dah dan lebihkan lauk..Ambil la lauk ayam+telur dadar+sayur. Paling penting minum air lepas makan. Siap-siap makan, basuh pinggan baru korang minum air...taw?!

Ni cara saya terkuruskan badan. ye..terkuruskan badan sebab bukan niat nak berdiet pun tapi satu hari tu tetiba rasa jemu dah makan nasi.kah3.. apa yang saya buat? saya ambil sikit je nasi..orang kata mcam nak amik hati je la..pastu lauk penuh pinggan. kiranya nya nasi dah habis tapi lauk tak habis2 lagi...Lagi satu, memang jenis saya minum air lepas makan nasi, so tak ada masalah nak didik diri sendiri supaya makan tak bersilang dengan minum air.

macamana saya tahu berat saya turun? sebab dari kecik saya pantang jumpa penimbang..mesti berdiri atas penimbang tu tengok berapa kg berat. satu hari tu saya perasan berat saya turun 1kg..padahal minggu lepas timbang berat lain kg..tak mungkin penimbang tu rosak..urmm..k la, nak timbang berat badan semula. manala taw kot2 lepas tulis entry ni berat turun 20kg ke..urm.. Assalamualaikum.

No comments: