Hantaran Tinggi Punca Kahwin Lambat?


Tengok la tu anggaran nilai hantaran kat Malaysia ni.. Hurm....

Sebenarnya kebanyakkan orang yang tak  berkahwin lagi ni bukan tak nak kahwin tapi hantaran kahwin tu mahal sangat. Mane nak cekaw duit puluhan ribu tu?? Nak bajet untuk Kenduri kawen lagi..

Sebenarnya salah siapa bila hantaran kahwin jadi tinggi melambung macam tu? 

Ok la,Meera sebagai orang muda... Mewakili lelaki dan perempuan di Malaysia (Muda lagi ke aku ni?) memang sangat terkesan bila fikir pasal kahwin ni. Nak mintak kerja,tapi kerja semuanya nak pakai pengalaman. Mahal betul ye harga sebuah pengalaman ni. Bayangkan kita baru je habis belajar Diploma, bila mintak
Kerja tak lepas interview pun sebab tak ada pengalaman kerja. Para Majikan semua,jika bukan anda yang beri kami peluang untuk mencari pengalaman kerja jadi siapa lagi? Fresh graduate lagi..mana nak dapat pengalaman kerja 3, 4 tahun tu ye??

Kesannya..kita kerja je apa2 janji halal padahal gaji cukup-cukup makan je..nak bayar hutang pengajian lagi kan.

Kepada Mak Ayah juga.. Tolonglah jangan tambahkan beban anak2 dengan letak hantaran tinggi kononnya anak kita ni cantik,educated,atau sebab kita dah berpenat lelah jaga anak2 dari kecik, atau ada jugak sebagai ganti kita serahkan  anak kita pada bakal suami tu.. (Jual anak?? Erkk) 

Kalau macam tu.. (Dah jual anak kan..) masa hari raya nanti jangan paksa anak perempun pak cik makcik balik raya dengan pak cik mak cik.. Jgn tanya kenapa anak pakcik makcik dah lama tak balik kampung.. Jangan marah menantu lelaki kalau tak bagi anak balik kampung (Ni luahan seorang insan bergelar suami)..  

Ada juga bakal pengantin perempuan sendiri yang letak hantaran mahal2 konon nya nak tengok sejauh mana kesungguhan lelaki tu kumpul duit yg banyak semata2 untuk memiliki dia.. Huhu.. Yeaah ! Dat rite darlim. Mase tu lah kita nak tengok kesungguhan org lelaki ni betul2 serius ke nak  mengahwini kita.. Tapi kan.. Tapi kan.. Kita kena fikir sama, apa yang penting lelaki tu bersedia untuk menjadi suami kita,galas tanggungjawab sebagai suami.. 

Ingat ye,lepas kahwin, kita akan dapat anak pula.. (InsyaAllah..) masa tu makin bertambah2 tanggungjawab lelaki untuk sara kita anak beranak.. Sebab tu lepas kahwin lelaki ni akan bekerja lebih keras sebab dalam mind set dia.. 'aku kne cari duit yang banyak bagi bini anak aku makan' sampai tak ada masa nak luangkan masa bersama, tak sempat nak cuti-cuti Malaysia, nak 2nd 3rd honeymoon..

Sebab ape jadi macam  tu ye? Sebab mase mula2 nak kahwin dulu pun kita push dia untuk kumpul duit bagi hantaran 20 ribu 30 ribu.. Mase tu kita boleh bersabar kalau dia tak contact kita, tak date dengan kita sebab kita tahu lelaki tu tengah kumpul duit untuk memiliki kita..kan? Jadi fikiran orang lelaki masa dia tengah syok cari duit utk kita anak beranak adalah ' isteri aku mesti faham ak kerja keras untuk sara keluarga. macam aku buat masa kami nak berkahwin dulu..aku tak keluar date pun dia dah tak marah, tak mesej tak call pun dia tak marah' kih3.

Sebenarnya sangat mudah urusan perkahwinan itu jika dilakukan secara bersederhana dan mengikut kemampuan kerana majlis tu insyaAllah lebih diberkati dan akan kekal berpanjangan sampai ke akhir hayat... Amin. InsyaAllah...


No comments: