KERJA KOSONG !! ANDA BERANI SAHUT CABARAN AIMAN??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA




hye.. tak senang nak senang.. slow-slow mengayuh anda akan sampai juga ke destinasi. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Meh saya nak bercerita pasal mengayuh ni.

Ada satu pertandingan, siapa yang sampai dulu atas bukit kat hujung sebuah kampung tu.. dia akan jadi pemenang dan dia akan memiliki tanah diatas bukit tu nanti. Nak dijadikan cerita, orang zaman dulu-dulu tak ramai yang pakai kereta lagi, jadi naik bukit dengan ngayuh basikal la.Aok gila nak kayuh basikal naik bukit?? haha.

ada 3 peserta  utama. Peserta A,B dan C. Peserta A fikir dia akan jadi pemenang sebab dia dah ada idea dan strategi terbaik sekali. Kompem kalah peserta lain. Peserta B hanya mengharapkan basikal tua nya dan jenuh memikir macam mana la nak naik bukit guna basikal.. Payoh ter.. Peserta C pula, hanya tawakal dan berserah pada Tuhan. Lagipun dia dah dapat idea nak naik bukit dengan kayuh basikal tu dgn cara yang paling berhemat.

Maka bermula pertandingan tersebut. Pada peringkat permulaan, memang masing-masing agak payoh nak ngayuh naik ke bukit. Oleh itu, Peserta A dengan penuh semangat menyuruh orang ramai menolak dia dari belakang..maka bergerak la sedikit-demi sedikit basikal tua itu naik ke atas. Peserta A berjanji akan memberi upah yang lumayan kepada orang yang telah menolong dia. Peserta B pula masih lagi terpinga-pinga. Dia pun ambil jalan mudah dengan mengheret basikal dia naik ke atas bukit. Tanpa dibantu sesiapa.
Manakala peserta C belum sempat naik ke atas, tayar basikal pula bocor terpijak paku. Oleh tu, Peserta C bertungkus lumus menyelesaikan masalah tayar dia. Oleh itu seronok la Peserta A dan Peserta B kerana mereka adalah peserta yang paling kehadapan.. Agak rumit untuk Peserta B menggantikan tayar basikal kerana keunikan basikal ciptaan nya ketika itu.

Ketinggalan hampir 10 minit, Peserta C mengayuh dengan laju basikalnya naik ke atas bukit. Semua yang melihat terkejut kerana basikal tuanya boleh bergerak pantas walau sedang mendaki bukit. Beberapa orang yang menolong menolak basikal Peserta A mula menyerah diri kerana mereka masing-masing sudah penat untuk menolak basikal peserta A. Manakala Peserta B pula disingkirkan dari permainan kerana dia tidak mengayuh tapi mengheret basikal semata-mata. Oleh itu, dengan sorakan semangat  dan kegigihan peserta C yang tidak pernah luntur mengejar kemenangan, akhirnya Peserta C berjaya menaiki bukit dan hadiah berupa sebidang tanah telah menjadi miliknya..

Berbalik kepada keunikan basikal Peserta C, dia berkata berkat solat dan doa tanpa henti akhirnya dia mendapat idea untuk merubah struktur basikal supaya lebih ringan dikayuh apabila berada di atas bukit. Sebab itu dia tidak gentar jika dia agak ketinggalan dibelakang disebabkan tayar bocor kerana dia sudah pun berserah dan bertawakal kepada Tuhan disamping dia punya strategik yang sangat kukuh.

Kesimpulan dari cerita ini..ha, korang dapat tak pengajaran dia? Matlamat, Strategi dan Istiqamah itu sangat2 penting untuk berjaya dalam hidup. Jangan dihina pekerjaan orang kerana pekerjaan yang halal itu mulia disisi Allah s.w.t. So, ape lagi? bina masa depan kita bermula sekarang dan sila bangun dari tersungkur ! sila positif bila dihina ! dan sila tabah bila dah lelah ! Siapa Aiman?? beliau seorang insan biasa yang punya cita-cita untuk berjaya. Hampir 4 tahun dalam bidang jualan, dah macam-macam kenangan manis dan pencapaian telah beliau perolehi. Tak percaya?? anda sertai dulu team ini dan anda akan merasanya sendiri !

#kalau kerjaya ni betul-betul berjaya, kenapa saya tidak join pasukan ini? sebenarnya saya pernah jadi sebahagian dari pasukan sale Astro kemudian saya berhenti kerana saya ingin menyambung perniagaan keluarga iaitu mejalankan perkhidmatan lesen memandu di Kuantan. Saya juga merupakan pemborong dan penjual baju muslimah :) Ini adalah hala tuju yang saya bina sendiri, saya lepaskan peluang yang baik (iaitu berhenti dari team sale Astro) dan saya sambung perniagaan sendiri. (juga satu peluang yang baik), InsyaAllah... Mari sertai Pasukan Kerjaya Jualan dengan hubungi Aiman (o14-5159168) . Khusus kepada yang boleh bekerja diluar kawasan dan ingin berjaya dan lebih berjaya ! :) insyaAllah...






SAMBUNG PENGAJIAN DI POLITEKNIK ??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye ! Sekarang musim adik-adik lepasan SPM mencari hala tuju yang lebih baik iaitu menyambung pengajian. So, apa kata lepak sini jap, boleh taw serba sedikit pasal Politeknik. Untuk makluman, saya adalah bekas pelajar dari Politeknik Seberang Perai, Penang. Yup !saya berbangga jadi pelajar PSP. Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, untuk maklumat terdapat tiga jenis politeknik. iaitu :

Politeknik Premier - Politeknik yang setaraf dengan universiti. Pengambilan khas untuk pelajar lepasan SPM yang mempunyai keputusan yang cmerlang. Terdapat peringkat Diploma dan Diploma lanjutan. kat Malaysia ni ada 3 je Politeknik Premier
1. Politeknik Ungku Omar (PUO) , Perak.
2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) , Shah Alam.
3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) , Johor Bahru.


Politeknik Konvensional - Politeknik biasa untuk lepasan SPM. Terdapat peringkat Sijil dan Diploma. Masa tahun 2011 merupakan tahun terakhir bagi pengambilan pelajar ke peringkat sijil, lepas tu dah tak ada dah untuk pengajian peringkat sijil di PSP yang ada cuma pelajar untuk peringkat Diploma sahaja. Mungkin sekarang kebanyakkan poli dah tak ada pengajian peringkat sijil.


Politeknik Metro - lebih kepada program yang berbetuk program perkhidmatan. Hanya ada di Kuantan, KL dan JB..



nanti saya update lagi..banyak benda nak cerita. nak bersiap2 balik kerja dah..bye. take care !! Sambung cerita...

Sebagai pelajar dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan ketika itu, banyak program yang telah pihak Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai (PSP) anjurkan. Antaranya, kursus usahawan, Ekspo usahawan, Kem Usahawan dan banyak lagi program untuk pelajar di Jabatan Perdagangan.

Bagi program berkumpulan, saya dan rakan sekelas yang lain telah menjalankan perniagaan menjual Ais Batu Campur (ABC)..slurrrppp !! hee. Modal perniagaan kami kongsi bersama dan pekakas seperti alat kisar ais kami sewa dengan Jabatan Perdagangan. Memang pensyarah akan support 100% pelajar yang ingin menjalankan apa-apa program di sini. OK, untung dah banyak dari hasil jualan ABC, kami salurkan sedikit keuntungan kepada Kelab Usahawan dan dengan hasil jualan ABC selama hanya 2 bulan sahaja, kami satu kelas pergi melancong ke Melaka dan Johor. Melancong sambil belajar. Sangat seronok !!! Bila kita beroleh hasil dari hasil titik peluh kita sendiri..

Dari segi pembelajaran dalam kelas?? ok, pensyarah PSP suka korang bentangkan sendiri topik pelajaran. Cari maklumat sendiri dan mengajar pelajar yang lain. melalui persembahan korang di hadapan kawan yang lain, pensyarah akan menilai dan memberi markah kepada korang. Markah tu penting untuk dikumpulkan sekali sehingga ke akhir semesta.. Ada subjek yang membaca dan menghafal, ada juga yang mengira..  Yess..bila kita sendiri yang mengajar dan memebentangkan di hadapan rakan, secara tak langsung pensyarah telah mendidik kita dengan kemahiran soft skill. Iaitu kebolehan bercakap dan berinteraksi dihadapan orang ramai.

Pensyarah tak mengajar ke?? ok, pensyarah saya semua nya excellent dah terbaik. serius cakap ! mereka mengajar, memberi penerangan dan juga berkongsi idea dan pengetahuan anytime! Kalau tak faham dalam kelas, boleh jumpa mereka di bilik atau tempat masing-masing.

JOM LICINKAN STOK BAJU MUSLIMAH. ADA LESS 20%

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

http://beetlebugonlineshop.blogspot.com/2014/02/less-20-untuk-pembelian-3-helai-dan-ke.html

HEHE..mohon klik link kat atas ni.. zman sekarang ni baju muslimah memang dah mendapat permintaan yang tinggi sebab tu Meera tak teragak-agak nak terjun dalam bidang bisness baju muslimah ni.

selalu tak dengar orang cakap bukan senang nak senang?? kan..haa macam tu jugak nak berjaya dalam hidup.. Bukan semua mampu bertahan lama dalam dunia perniagaan. sebab apa? pelanggan tak ada. sebulan seorang je pelanggan yang datang.heyy !! why?? kenapa just seorang sebulan yang datang shopping dengan kita? jangan merungut dah give up ok. cari jalan lain untuk majukan bsness.. kan dah kata tadi, bukan senang nak senang..

ok, dalam kes pelanggan yang tak berapa nak masyuk, kenapa? banyak faktor dia. Boleh jadi sebab kita berniaga hangat-hangat tahi ayam. sekejap nak berniaga sekejap tak nak..bukan tu je,promosi kurang.
nak tahu tak? ada tauke nasi ayam.. setakat ni serius Meera cakap nasi ayam dia paling best dalam banyak-banyak nasi ayam yang pernah Meera makan. Tak caye??? ha..korang orang Kuantan tu apa kata datang kat stadium kedai makan no.5. ada bang jual nasi ayam terbaik..tak sedap jangan bayar !! ha, tu abang tu sendiri yang cakap. huhu..nama dia abg rahman. ok..

eh..tersasul banyak ni. ok, apa yang abang Man tu cakap?? dia kata modal berniaga ni mulut bro..mulut !! kita kena pandai bercakap, ramah dengan orang memang jalan la bisness kita. eh eh eh..kite berniaga online. macam mana nak guna mulut ?? ah..came on lah.. tak ada mulut..kita kan ada jari.. menaip lah !!!

tengok ni koi menaip nak promot baju koi..hehe. alhamdulillah sambutan memang hangat. kalau tak Meera pun memang tak kan bertahan dengan dunia ni kot. belum sampai setahun lagi bisnes jual baju ni.. Start bisness bulan 6 tahun lepas..tak sampai setaun lagi. Bermula nya Meera berniaga baju ni bila kawan Meera selalu mengeluh dia payah nak jumpa baju sopan2 yang saiz besar.. alhamdulillah, sebab nak tolong dia, Meera pulun cari baju muslimah yang ada saiz besar. Syukur sangat2..sekarang kalau nak beli baju, kawan Meera tu, Atikah namanya, beli dengan Meera je baju dia.

Betul la kata orang, kita nak buat apa-apa niat kena betul..niat kena baik...ok la, sampai sini dulu ye.. salam..

ps : ada yang cakap blog Meera membosankan sebab tak ada isu-isu semasa. hehe. memang betul la tu. lagipun mira bina blog ni bukan nak bercerita pasal isu semasa..isu apa-apa jela yang Meera suka..hehe. kalau nak tahu isu semasa boleh bukak fb page Oh! Media ke, page Kuantan ke..bagi rhodong2 yang duk kuantan la..Tak pun, boleh bukak mana-mana saluran berita kat tv tu..hehe.jangan mara ye.. k la..

take cara..jaga diri...

APA BAIKNYA BERNIAGA SECARA ONLINE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sahabat Meera semua apa khabar? Dah makan malam belum ni cayunk cayunk?? 
Hari ni tetiba terdetik dalam hati ni, bila saya dah start berniaga online..apa faedah yang dah saya dapat? 

Pengalaman saya berniaga online amat2 seciput je lagi..baru nak menapak walaupun dah start berniaga online ni pada bulan Jun tahun 2013 lepas. Tak sampai setahun lagi.hee..masih muda org cakap. Umur 6 bulan tu maksud dia macam baru nak pandai merangkak kalau kite tengok anak sedara sy yg duk sekali dalam umah ni dulu.. 

Cabaran berniaga online? Pada diri saya sendiri,cabaran berniaga ni sbenarnya nak dapatkan regular customer dan kita terpaksa jugak bersaing dengan peniaga2 online yg sama jenis pulak tu barang niaga dia dengan kita..aih,ha acano tu nak buat?? Jap lagi,kite bincang yek..lagi ape lagi? Ha,bila sebut online,makesure kita punya line internet!! Line wifi kita !! Sentiasa dalam keadaan excellent ok! Ce bayangkan,nak upload gambar,nak balas pm, whatsapp customer tapi line internet dah sama laju dengan siput ha..tak ke susah mcm tu? Customer kne tunggu lama pulak kita nak membalas mesej kan.. 

So,untuk menempuh segala cabaran tu,apa perlu kita buat? Ok saya buat macam  ni..saya sekarang berniaga baju tshirt Muslimah, sebelum saya decide nak memborong baju muslimah tu sy tengok design n pattern baju tu, memang up to date n moden. Apa yg penting memang layak digelar Baju Muslimah Moden. Sopan dan trendy. So,saya tak risau kalau banyak persaing pun sebab baju-baju yg saya jual saya yakin boleh bawa pergi jauh. So,bermula lah episod promot mempromot perniagaan saya.

Macam mana nak promot perniagaan?? Setakat ni saya hanya menggunakan perkhidmatan Blogspot, Twitter, Instagram dan semestinya facebook.. Belum join Iklan Fb berbayar lagi setakat ni. Macam mana saya dapatkan pelanggan dari  laman sosial ni?? Ok, nanti saya bukak post lain.

Setakat ni kebanyakkan pelanggan tshirt muslimah saya datang dari Pahang, Kelantan,Johor,Selangor,Sarawak.. Yup, Alhamdulillah.. Bila saya tanya dari mana mereka dapat contact number saya,memang rata-rata dari blog, facebook page dan Instagram. Ha,nampak tak kuatnya pengaruh laman sosial ni.

Nanti2 kita sambung bercerita lagi ye..saya dah ngantuk,mau tidur.. Zzzz. Esok mahu kerja daaa. Kalau berminat nk window shopping baju muslimah saya,boleh pergi ke beetlebugonlineshop.blogspot.com yeee
Assalamualaikum n good night semua.. 😴😴😴😴