KERJA KOSONG !! ANDA BERANI SAHUT CABARAN AIMAN??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA




hye.. tak senang nak senang.. slow-slow mengayuh anda akan sampai juga ke destinasi. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Meh saya nak bercerita pasal mengayuh ni.

Ada satu pertandingan, siapa yang sampai dulu atas bukit kat hujung sebuah kampung tu.. dia akan jadi pemenang dan dia akan memiliki tanah diatas bukit tu nanti. Nak dijadikan cerita, orang zaman dulu-dulu tak ramai yang pakai kereta lagi, jadi naik bukit dengan ngayuh basikal la.Aok gila nak kayuh basikal naik bukit?? haha.

ada 3 peserta  utama. Peserta A,B dan C. Peserta A fikir dia akan jadi pemenang sebab dia dah ada idea dan strategi terbaik sekali. Kompem kalah peserta lain. Peserta B hanya mengharapkan basikal tua nya dan jenuh memikir macam mana la nak naik bukit guna basikal.. Payoh ter.. Peserta C pula, hanya tawakal dan berserah pada Tuhan. Lagipun dia dah dapat idea nak naik bukit dengan kayuh basikal tu dgn cara yang paling berhemat.

Maka bermula pertandingan tersebut. Pada peringkat permulaan, memang masing-masing agak payoh nak ngayuh naik ke bukit. Oleh itu, Peserta A dengan penuh semangat menyuruh orang ramai menolak dia dari belakang..maka bergerak la sedikit-demi sedikit basikal tua itu naik ke atas. Peserta A berjanji akan memberi upah yang lumayan kepada orang yang telah menolong dia. Peserta B pula masih lagi terpinga-pinga. Dia pun ambil jalan mudah dengan mengheret basikal dia naik ke atas bukit. Tanpa dibantu sesiapa.
Manakala peserta C belum sempat naik ke atas, tayar basikal pula bocor terpijak paku. Oleh tu, Peserta C bertungkus lumus menyelesaikan masalah tayar dia. Oleh itu seronok la Peserta A dan Peserta B kerana mereka adalah peserta yang paling kehadapan.. Agak rumit untuk Peserta B menggantikan tayar basikal kerana keunikan basikal ciptaan nya ketika itu.

Ketinggalan hampir 10 minit, Peserta C mengayuh dengan laju basikalnya naik ke atas bukit. Semua yang melihat terkejut kerana basikal tuanya boleh bergerak pantas walau sedang mendaki bukit. Beberapa orang yang menolong menolak basikal Peserta A mula menyerah diri kerana mereka masing-masing sudah penat untuk menolak basikal peserta A. Manakala Peserta B pula disingkirkan dari permainan kerana dia tidak mengayuh tapi mengheret basikal semata-mata. Oleh itu, dengan sorakan semangat  dan kegigihan peserta C yang tidak pernah luntur mengejar kemenangan, akhirnya Peserta C berjaya menaiki bukit dan hadiah berupa sebidang tanah telah menjadi miliknya..

Berbalik kepada keunikan basikal Peserta C, dia berkata berkat solat dan doa tanpa henti akhirnya dia mendapat idea untuk merubah struktur basikal supaya lebih ringan dikayuh apabila berada di atas bukit. Sebab itu dia tidak gentar jika dia agak ketinggalan dibelakang disebabkan tayar bocor kerana dia sudah pun berserah dan bertawakal kepada Tuhan disamping dia punya strategik yang sangat kukuh.

Kesimpulan dari cerita ini..ha, korang dapat tak pengajaran dia? Matlamat, Strategi dan Istiqamah itu sangat2 penting untuk berjaya dalam hidup. Jangan dihina pekerjaan orang kerana pekerjaan yang halal itu mulia disisi Allah s.w.t. So, ape lagi? bina masa depan kita bermula sekarang dan sila bangun dari tersungkur ! sila positif bila dihina ! dan sila tabah bila dah lelah ! Siapa Aiman?? beliau seorang insan biasa yang punya cita-cita untuk berjaya. Hampir 4 tahun dalam bidang jualan, dah macam-macam kenangan manis dan pencapaian telah beliau perolehi. Tak percaya?? anda sertai dulu team ini dan anda akan merasanya sendiri !

#kalau kerjaya ni betul-betul berjaya, kenapa saya tidak join pasukan ini? sebenarnya saya pernah jadi sebahagian dari pasukan sale Astro kemudian saya berhenti kerana saya ingin menyambung perniagaan keluarga iaitu mejalankan perkhidmatan lesen memandu di Kuantan. Saya juga merupakan pemborong dan penjual baju muslimah :) Ini adalah hala tuju yang saya bina sendiri, saya lepaskan peluang yang baik (iaitu berhenti dari team sale Astro) dan saya sambung perniagaan sendiri. (juga satu peluang yang baik), InsyaAllah... Mari sertai Pasukan Kerjaya Jualan dengan hubungi Aiman (o14-5159168) . Khusus kepada yang boleh bekerja diluar kawasan dan ingin berjaya dan lebih berjaya ! :) insyaAllah...






No comments: