SAMBUNG PENGAJIAN DI POLITEKNIK ??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye ! Sekarang musim adik-adik lepasan SPM mencari hala tuju yang lebih baik iaitu menyambung pengajian. So, apa kata lepak sini jap, boleh taw serba sedikit pasal Politeknik. Untuk makluman, saya adalah bekas pelajar dari Politeknik Seberang Perai, Penang. Yup !saya berbangga jadi pelajar PSP. Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, untuk maklumat terdapat tiga jenis politeknik. iaitu :

Politeknik Premier - Politeknik yang setaraf dengan universiti. Pengambilan khas untuk pelajar lepasan SPM yang mempunyai keputusan yang cmerlang. Terdapat peringkat Diploma dan Diploma lanjutan. kat Malaysia ni ada 3 je Politeknik Premier
1. Politeknik Ungku Omar (PUO) , Perak.
2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) , Shah Alam.
3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) , Johor Bahru.


Politeknik Konvensional - Politeknik biasa untuk lepasan SPM. Terdapat peringkat Sijil dan Diploma. Masa tahun 2011 merupakan tahun terakhir bagi pengambilan pelajar ke peringkat sijil, lepas tu dah tak ada dah untuk pengajian peringkat sijil di PSP yang ada cuma pelajar untuk peringkat Diploma sahaja. Mungkin sekarang kebanyakkan poli dah tak ada pengajian peringkat sijil.


Politeknik Metro - lebih kepada program yang berbetuk program perkhidmatan. Hanya ada di Kuantan, KL dan JB..



nanti saya update lagi..banyak benda nak cerita. nak bersiap2 balik kerja dah..bye. take care !! Sambung cerita...

Sebagai pelajar dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan ketika itu, banyak program yang telah pihak Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai (PSP) anjurkan. Antaranya, kursus usahawan, Ekspo usahawan, Kem Usahawan dan banyak lagi program untuk pelajar di Jabatan Perdagangan.

Bagi program berkumpulan, saya dan rakan sekelas yang lain telah menjalankan perniagaan menjual Ais Batu Campur (ABC)..slurrrppp !! hee. Modal perniagaan kami kongsi bersama dan pekakas seperti alat kisar ais kami sewa dengan Jabatan Perdagangan. Memang pensyarah akan support 100% pelajar yang ingin menjalankan apa-apa program di sini. OK, untung dah banyak dari hasil jualan ABC, kami salurkan sedikit keuntungan kepada Kelab Usahawan dan dengan hasil jualan ABC selama hanya 2 bulan sahaja, kami satu kelas pergi melancong ke Melaka dan Johor. Melancong sambil belajar. Sangat seronok !!! Bila kita beroleh hasil dari hasil titik peluh kita sendiri..

Dari segi pembelajaran dalam kelas?? ok, pensyarah PSP suka korang bentangkan sendiri topik pelajaran. Cari maklumat sendiri dan mengajar pelajar yang lain. melalui persembahan korang di hadapan kawan yang lain, pensyarah akan menilai dan memberi markah kepada korang. Markah tu penting untuk dikumpulkan sekali sehingga ke akhir semesta.. Ada subjek yang membaca dan menghafal, ada juga yang mengira..  Yess..bila kita sendiri yang mengajar dan memebentangkan di hadapan rakan, secara tak langsung pensyarah telah mendidik kita dengan kemahiran soft skill. Iaitu kebolehan bercakap dan berinteraksi dihadapan orang ramai.

Pensyarah tak mengajar ke?? ok, pensyarah saya semua nya excellent dah terbaik. serius cakap ! mereka mengajar, memberi penerangan dan juga berkongsi idea dan pengetahuan anytime! Kalau tak faham dalam kelas, boleh jumpa mereka di bilik atau tempat masing-masing.

1 comment:

Unknown said... [Reply]

Teima kasih atas kongsi pengetahuan tadi. Nak betanya subjek apa ada dlm
pra
Perdagangan?