SANDAL BIRU NI RM19.90 AFTER LESS

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA



Ingat lagi tak sandal yang I cerita kelmarin  berharga RM19.90 after less tu?  ni la sandal tuh !
(ok..kite upload dulu....)


Ha...ni la sandal tuh.. sandal ni namenye Relaxtion Sandal Silklite yang kata nya good for health. Sebenarnya aku tak percaya pun dengan keberkesanan sandal ni. Kata kak saler tu..sandal ni boleh mereleaskan tension, menbuang toksik ? apa tah lagi, aku tak fokus pun dengan akak tu cakap. masa kak saler tu bagitahu aku macam tu, rasa nak tanya macam mana sandal yang hanya dipakai di kaki dpat membuang toksik? bukan kita makan ubat nak buang-buang toksik nih.. nak tergelak pun ada kalu fikir lima kali..


kak saler tu cakap lagi, sandal ni fungsi dia sama ja macam kita pijak2 batu sungai tu.. refleksologi ek name treatment tu? mulanya tak nak beli tapi teringat mak kat rumah, bukan apa, saja la nak bagi mak hadiah..aku pun beli dua. satu untuk aku, satu untuk mak.. sepertinya aku cakap macam tak serupa bikin la kan.. gaya macam tak nak tetibe order 2 pasang terus ! 

kalau perhatikan betul2, permukaan dia berbentuk bulat dan sedikit jarang antara satu sama lan..lagi satu, tak rata. ada tinggi, ada rendah permukaan dia. kak saler tu cakap memang permukaan di macam tu supaya kita terasa kesan bila pakai sandal ni... ok, campur dengan hari ni, baru dua hari la aku pakai sandal ni..

kesan dia?? ok, dua malam ni aku rasa tapak kaki aku seperti diurut-urut, terasa sakit tapi best !.haha. then untuk dua malam ni, memang badan keluar angin..tak kira la melalui sendawa ke ape ke kan. mungkin  jugak tu kesan bila pakai sandal ni. release tension? ntah la..sebab aku tak tension pun. huhu.  Kaki pun dah tak lenguh2 and dah tak kebas dua hari ni..yela, duk lama-lama atas kerusi kat ofis tu yg selalu kebas dan lenguh jadinya...

Tapi..aduhh !aku baru tersedar..actually, seperti nya aku di pukau ! hahaha. kenapa aku tak mintak balance duit aku ritu? dan kenapa kak tu tak bagi balane duit aku walaupun baki hanya 20sen?? 20 sen pun, bleh pakai untuk tuang petrol ape..haha. harga sandal pada template tu pun tulis RM19.90. kononya harga asal sandal ni RM59 !! hoho.memang mahal aku asa. tapi akak tu macam kira sandal tu harga RM20..sepasang..hurm..tak pe la. Halal kan je..


sandal ni..hehe.macam kelakar pulak..kemain lagi di isi dalam kotak. kalau sandal lain tak ada makna nye dalam kotak..bungkus plastik je..aku suka sandal ni sebab nampak macam style je tapi Aiman cakap sandal tu  macam makcik2 pakai je.. ada ke patut. ok..kesimpulan nya, berpuas hati sebab ada kesan positif.. lagi satu..sandal ni just ada jual untuk dua saiz je..saiz M dan L. ok..tu je yang aku nak cerita..lain kali cerita lain pulak..salam.

BOSANNYA TENGOK BLOG DIA NIH !!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Haha..bosan ke? well..bosan dengan blog sape sebenarnya? ada orang cakap dia bosan tengok blog saya ni.. so, nak kan kepastian..saya buat servey dengan dua orang adik perempuan saya. macam-macam dorang kene inteview sampai muka masing-masing dah macam muka nak nangis..alolo..cian pulak.
so, saya tanya mereka..apa yang tak best dengan blog Sahabat Meera ni? si kakak kepada adik cakap' ok je..jangan layan sangat dorang. lain orang lain taste..' ok, boleh diterima tapi.tak kan tetamu nak datang rumah, kita layan mereka dengan cara yang tak elok kan..macam tu jugak dengan tetamu Sahabat Meera. ok, adik yang ke-2 ni pulak cakap... 'blog ko ni tak ada nak update cerita baru ke? cerita pasal diri ko ke....??' hurm...ok, koi tak menulis ikut isu semasa dan belum berhajat nak bercerita tentang hidup ini tapi koi tulis ikut sesedap rasa dan suka.



ok la..ok la..budak meow kat atas ni pun bosan jugak.. tapi, insyaAllah..dari masa ke semasa blog ni akan di decorate..di construct, di renovate, di upgrade, modified..dan pe benda lagi la supaya lagi best dari sekarang.. biasa la hidup bujang so tak de story sangat..katenye ! haha. pape pun.. jangan la bosan-bosan gitu.kalau ada pape idea bagitahu la..... 

#hari khamis 12092013..oh ye! saya ada beli sandal baru hari ni..sandal warna biru berharga RM19.90 after less ok! haha.nanti saya upload. sandal untuk release tension kate saler tu td..


rosakk giggi !! makan sweet banyak2.



SYARAT USTAZ AZHAR IDRUS UNTUK BERLAKON FILEM


SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Awak seme dah tahu belum Ustaz Azhar nak berlakon filem?? ha..ni buktinya. 

tengah shooting..hehe. sumber


Tayangan filem pertama Ustaz Azhar ni akan berlansung pada 28 November 2013..ha, pe lagi..jom la pecah panggung..hohoho. Turut membintangi filem arahan Pierre Andre ni adalah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja LAwak) .Filem terbitan Metrowealth ni berunsurkan islamik dan dakwah yang pasti mendapat sambutan ramai... OK, jom kita dengar apa syarat-syarat yang dah ditetapkan oleh UAI kite nim untuk berlakon filem...  




SYARAT USTAZ AZHAR IDRUS BERLAKON FILEM..




PERTANDINGAN BONSAI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pada 7 September 2013 baru ni, hari Sabtu koi pergi ke Kuantan Parade untuk membayar broadband si adik..kebetulan pulak hari tu ada pameran pokok bonsai.. ingatkan betul la pameran rupanye Pertandingan Bonsai Peringakt Kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan baru ni..

Sambil2 koi nak bercerita pasal bonsai ni, kita tengok pokok2 yang dipertandingkan pada hari tersebut yek..
Bonsai ni bukan sejenis pokok sebenarnya tapi...ok, koi nak bercerita pasal sejarah Bonsai ni..



BONSAI sebenarnya kata nama bagi seni menanam pokok dalam bekas. Asal usul nya datang dari negara China yang dipanggil Pen Zai dah lebih dari 2000 tahun dulu..ha..lama dah kan ? kalau zaman dulu2, golongan elit atau orang kaya je yang ada Bonsai ni dan dijadikan hadiah yang mewah untuk diberikan kepada golongan depa jugak..



lama-kelamaan semasa zaman Tokugawa seni bonsai ni dah berkembang di negara Jepun dan orang Jepun sebut Pen Zai ni sebagai Bonsai ( pokok dalam bekas )..kesimpulan nya bonsai ni adalah bahasa Jepun la kan.. Tapi di Malaysia kita ni ada jugak yang panggil bonsai ni Pokok Bantut..



ok.. pokok apa je yang sesuai dijadikan pokok bonsai ni ?? menurut satu laman ni, dalam laman tu cakap pokok yang sesuai dijadikan bonsai adalah pokok kesinai, pokok asam jawa, pokok kemuning, pokok cucur atap, pokok ara dan pokok melati.. ha, ape lagi ?..g cari pokok2 tu cepat pelihara jadi bonsai..
pokok bonsai ni, kalu nak tahu ada yang berdaun dan ada yang tak berdaun..so jangan pelik la kalu jumpe bonsai yang pelik2 tu..haha


tengok ni..bonsai tak ada daun. dapat gold award n excellent award la tu..


Makin tua bonsai makin bernilai ok..selain struktur dia yang unik..sampai sini dulu...nanti koi post benda lain pulak.. salam.