WEBSITE LUCAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

baru2 ni kecoh pasal budak lelaki berumur sekitar 13 tahun cuba nak merogol seorang perempuan cina.. aih,boleh tahan budak zaman sekarang..korang nak tengok video budak tu tak?? nak tengok ye.. KANTOI kan, korang semua datang sini sebab nak tengok benda2 yang tak bersih tu. aish.. koi xdak pun video tu,n video tu pun tak wujud kot.

apa nak jadi dengan negara Malaysia nanti kalau generasi pelapis pun dah tak bermoral. Macamana Malaysia nak ada baka atau rakyat yang berkualiti pada tahun 2020 nanti?? pada pendapat saya, antara sebab berlaku nya masalah yang tak sihat ni adalah :

1.  kurang perhatian dari mak ayah. mak ayah sepatutnya orang yang paling dekat dengan anak2 mereka. mungkin sebab kesibukan mak ayah mencari rezeki sehingga mereka tidak ada masa untuk meluangkan masa bersama anak2. Selain itu, mungkin juga kerana masalah keluarga pincang menyebabkan mak ayah yang tidak sehaluan akhirnya masa depan anak yang tergadai.

2.  kehidupan bersosial. kalau sebut sosial, ia tak terhad kepada satu perkara je..skop sosial ni luas. kehidupan sosial yang tak bersih juga menjadi salah satu punca kerosakan akhlak generasi muda sekarang. baik lelaki mahupun perempuan, mereka bebas bergaul tanpa berfikir baik buruk sesuatu hubungan yang terjalin. kadang2 mereka sepakat untuk melakukan aktiviti tak bermoral seperti melayari website lucah,menonton porno, menggangu wanita baik muda atau tua,golongan maknyah, berpeleseran dan juga melakukan perkara2 yang tidak berfaedah yang lain.

3.  sudah tentu didikan agama. kebanyakan generasi muda sekarang jahil tentang agama. bagi budak bawah umur 18 tahun, bukan salah mereka jika mereka tidak didedahkan dengan didikan agama yang sewajarnya. mungkin disekolah mereka ada belajar Pendidikan Islan dan Fardhu Ain, tetapi mereka tidak dipraktikkan dirumah.Kemajuan teknologi yang semakin canggih sekarang, hiburan yang disediakan melebihi santapan rohani yang sepatutnya setiap masa diisi kedalam hati dan jiwa kita semua. Nampaknya, pengaruh hiburan negatif lebih kuat meresap kedalam jiwa anak muda sekarang.

4.   Peranan kerajaan. semestinya bila berbicara berkaitan seantero atau keseluruhan masyarakat, kerajaan lah selaku pemain peranan yang utama. terus terang saya cakap, rakyat Malaysia seolah2 dihanyut dengan hiburan semata. setiap kali adanya sambutan yang secara besar-besaran yang dianjurkan kerajaan, hanya sedikit sahaja atau tiada lngsung pengisian rohani yang diterapkan. sepatut nya bila diadakan majlis besar-besaran seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Kemerdekaan, inilah masanya untuk rakyat jelata diberikan penekanan berkaitan agama kerana perayaan ini bukan sekadar disambut meriah melaui media massa tetapi melalui pengalaman secara langsung.

disebabkan koi ni termatlah sayang pada generasi muda Malaysia ni, koi sediakan untuk aok mer 2 cara untuk blok website haram dan sekat website prono ..benda yang sama je tu..adik2, abang2, kakok2, pakcik makcik..sayangilah diri kita dan keluarga... wallahualam.

No comments: