NAK JADI KAYA BUKAN SEBAB UTAMA UNTUK BERNIAGA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

So, korang semua yang sedang berniaga ni, tak kira la berniaga secara online atau offline macam mana dengan perniagaan masing-masing? ok ke tidak agaknye tu??

Sebelum ni ingatkan berniaga ni satu kerja yang senang..yelah kita tengok pulak perniagaan yang macam mana. Persaingan tinggi ke tidak? bagi saya cabaran yang paling sukar adalah pesaing. Mungkin sebab kedudukan saya adalah yang paling di bawah. Chill man, amature memang sentiasa dibawah but from beginer kita boleh jadi the legend. betul ke tidak?? yup..betul.

orang cakap kalau nak berniaga atau nak jadi peniaga, hati kena cekal bro..kalau sikit-sikit nak nangis macam mana nak maju macam tu? menangis sikit-sikit tak pa lagi, ni terus down kebawah..kita dah la memang berada ditangga kebawah..tapi tak leh nak lawan rasa putus asa tu..laaagi la kita tersembam ke bawak. failed terus bro.

so macam mana ni amature-amature sekalian?? kalau korang yang sedang membaca entry ni sebenarnya ada hati nak berniaga, perkara pertama yang Cik Meera nak ingatkan dan kongsikan bersama.... jangan sesekali guna duit pinjaman atau meminjam wang untuk mulakan business. why?? sebab kita tak tahu nasib perniagaan kita tu nanti macam mana? dah la business tak maju, pinjam pulak dengan ceti haram buat modal..so cana nak bayar balik hutang kita tu JIKA modal pertama pun kita tak dapat nak dapatkan balik?? maksudnya tak dapat nak rolling modal la.. mula kan dari bawah ok..modal kecil untung pun kecik tak pa untuk permulaan..

seterusnya...rasa kecewa sebab perniagaan kita macam tak laku je..macam tak laku je..macam stress je..? ok,jangan risau produk-produk yang kita jual tu ada lah aset kita. lambat laun memang akan terjual jugak akhir nya..percaya lah !!! so, cana nak buat? upah orang untuk jual produk kita..sekarang kan trend ejen dropship berleluasa kan..so, kita boleh je amalkan perniagaan yang macam tu... bagi komisen pada orang yang berjaya jual produk-produk kita tu..

lagi satu perlu diingat..nak berniaga pastinya kena ada ILMU.. mana boleh berniaga kalau tak ada ilmu. sebab tu ramai yang lingkup dalam perniagaan. cari la mentor, sifu, senior mintak tunjuk ajar.. cari yang tak lokek ilmu ok.... lastly, cek nak habaq kan..jangan kita berniaga sebab kita nak kaya.. why?? why?? perniagaan tu sememangnya untuk menambah pendapatan tapi jangan kejar nak kaya dulu..jangan kejar nak untung berganda-ganda.. yang penting adalah memiliki pelanggan yang boleh setia dengan kita dan memiliki power untuk menarik lebih rmai pelanggan setia..dengan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang terbaik dan istiqamah. jangan tenggelam timbul ke kalau nak berniaga..nanti orang pun was-was dengan kita..


ok..setakat tu dulu..........sila la ringan kan hati untuk berkongsi kejayaan anda semua didalam ruangan komen. saya pun masih baru dalam perniagaan baju muslimah dan sabun muka untuk hilangkan jerawat & parut...

sekian sahaja, bertemu lagi kita di lain waktu.. :)

#oh ye..siapa nak stokin baby dalam bentuk hamper?? boleh bagi kat sesiapa yang bakal menjadi ibu atau yang baru melahirkan baby ke...ada 3 lagi stok.. RM15 / RM10 je tinggal.. dalam tu ada 3 & 2 pasang stokin baby  saiz 6-12mths.



KUALITI ATAU KUANTITI ??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAHABAT MEERA


It is sooo true.. Meera sokong dengan petikan dari page fb Oh ! Media ni.. Jemput la singgah ke blog  business meera ni.. beetlebugonlineshop.blogspot.com
support anak muda yee.hehe... 


Selamat malam semua sahabat meera...

LAST EPISODE (51) MY LOVE MADAM BUTTERFLY

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hoho..semenjak ada ONE hd chanel ni..Ma, Adik lelaki duk layan korea je..kalau tak layan korea Abah pulak duk layan bola..nasib baik jugak la den pun layan bola..Ooopss !! final Watsons Piala Malaysia, geng Pantai Timur berentap jugak akhirnye.. AMOK TOK GAJOH !!!

ok, berbalik dengan cerita Korea ni, dulu masa zaman sekolah memang minat amat la dengan cerita Love Story In Harvard. disebabkan ambe ni seorang Dj masa sekolah dulu makanya pernah la pasang ost cerita tu jerrk. Then lepas habis form 5, dah tak layan korea.Sekarang umur dah masuk 23, layan la semula sebab terpengaruh dengan family.

cerita Jang Ok Jung la yang membawa ambe terus setia dengan Chanel One hd 393, Astro. Memang terbaik cerita tu. Sekarang ada pulak cerita yang lagi best.. My Love Madam Butterfly.. Aduhh..memang tak sabar nak tunggu hari Isnin sebab hari Jumaat ceritat u tak ada..Isnin sampai Khamis je. Kalau korang pun layan cerita ni, korang mesti tahu kan macam mana feelingnya tengok cerita ni.. sampaikan saya pulun cari dalam internet, kot2 la dapat tengok dalam internet pulak ke kan..

Apa jadi lepas tu??? cari punya cari punya cari, akhirnya..yeaah !! memang ada cerita tu, boleh tengok online. saya pun apa lagi, last tengok minggu lepas episode 44 kan? so, koi terus skip tengok episod 45 dalam internet.. korang nak tengok jugak ke?? ok, ni link dia.. episode 46 my love madame butterfly
koi tag kat korang episode 46 terus la ye..btw boleh tengok dari episode 1 lagi..jangan risau.

so, last episod nye cane?? of coz la happy ending kan.. Yang penting bapak Lee Woo Jee yang jahat dan tua tu dah berubah jadi baik, Woo Jee pun dah dapat maafkan mak dia, Slyvia Choi tu.. then, Nam Na Bi? agak2 sendiri la..hahaha.. Akhirnya Jong Wook lepaskan jugak Nam Na Bi kepada Woo Jee.. hoyeeee.
Sung Ah? Sung Ah serah diri pada polis.. Dia surrender gak akhirnya..

ok,tu je nak cerita.. Happy Watching !! :)




KISAH AKU SEORANG BLOGGER

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Hari ni, mood baik untuk menganalisis kepadatan pelawat dalam blog Sahabat Meera. Padat sangat ke??
ok, mula-mula sing up ke dalam www.blogger.com benda pertama dalam kotak fikiran ni, "aku nak tulis apa dalam blog ni nanti?" macam mana saya boleh kenal dengan dunia blog? ok, media massa mainkan peranan penting masa tu. Kalau belek surat khabar mesti ada je terpampang tajuk yang tertulis perkataan blogger.

Mula-mula tu serabut juga nak sign up blogger. weh, macam mana nak sign up ni?? tak boleh pun ! hee..rupa-rupanya nak buat blog kita wajib ada alamat emal dari google sebab blogspot ni under google. so, nak sign up blogspot, first kena ada akaun gmail from google.

ok..dah ada akaun gmail,secara automatik boleh sign up untuk blogger. Entry pertama sahabat Meera? entry pertama bukak la link tu kalau nak tahu..hehe. Entry pertama Sahabat Meera adalah lirik lagu Indonesia, post yang bertajuk Diantara Kalian pada bulan April 2010. Kalau Sahabat Meera nak tahu, Sampai sekarang total pageview entry pertama tu cuma dapat 4 page viewer.haha. lawak tak? Sebab apa agak-agak entry tu langsung tak dapat sambutan? sebab apa entry yang kita post dalam blogspot tak dapat sambutan?

1. Tajuk yang tidak menarik dan  tidak mendapat tempat di dalam hati Mr. Google  
2. Permintaan yang kurang. Maksud dia, keyword entry kita tu tak mendapat tempat yang tinggi dalam search engine google..so, lebih baik tukar tajuk entry kalian tu ye.. 
3. ...... Tajuk entry yang tidal lengkap. Contoh macam kat atas, entry yang berjaya dapat 4 pageview sahaja dari tahun 2010 tu hingga 2013 cuma tertera Diantara Kalian. Lepas ni saya tukar tajuk entry tu,kita tengok perubahan pageview dia. berjaya ke tidak? haha




ok..kite tengok perubahan sebelum dan selepas post stat yg saya dah print scrin ni ye..huhu.
ok..nak out dulu..nanti saya sambung..ada hal plak.. Salam.