KAU YANG TERINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

( cerita yang mungkin terbit dari pengalaman atau sekadar rekaan. biar sahaja menjadi rahsia )

Dalam menjalani kehidupan normal, aku bukan lah terlalau bersosial dan tak jugak sombong. Ramai teman rapat akan cakap pada aku macam ni, "mula2 kenal shamirah muka macam sombong tapi bila dah kenal peramah je, suka melawak.."ok..sebenarnya aku tak kisah pun orang nak cakap aku sombong, sebab yang betul-betul kenal aku je tahu aku ni macam mana sebenarnya.

selama 23 tahun hidup ni..aku dh jumpa macam-macam orang. itu lah salah satu kebaikan kalau hidup merantau ni. luas pengalaman dan pengajaran.. aku ada ramai kawan baik perempuan dan ramai kawan baik lelaki even aku bukan la terlalu bersosial, teman baik tetap ada.

ok..sekarang aku nak bercerita tentang kawan baik lelaki aku..seramai....sebenarnya ramai tapi yang paling rapat ngan aku ada 6 orang. 2 orang dah lost kontek tinggal 4 sahaja. tapi tak apa, aku tetap anggap depa yang dua orang lagi tu kawan aku untuk selama- lama-lama nya..

ada beza kawan baik lelaki dan perempuan. depa yang lelaki ni sanggup buat ape saje untuk kawan-kawan dia.. bukan nak cakap yang perempuan ni payah mintak tolong. kadang2 member perempuan ni terikat dengan mak ayah.. kalau mak ayah tak bagi keluar rumah kita kene hormat la kehendak mak ayah dorang tu kan..  nak di jadikan cerita satu hari aku main ape tah name nye.. yang baling tiga biji bola sekali gus tu.. aku tak pandai. so, aku suruh member aku ni ajar aku cara baling n sambut bola tu. memandangkan dia sangat hebat bermain, aku nak jugak suruh dia ajar aku.. tapi masa tu, bola tak cukup tiga biji. apa yang dia buat? kawan aku ni cari bola sampai dapat. dia mintak dengan orang tu tak bagi, mintak dengan orang ni pun tak bagi.aku yang menyaksikan gelagat dia masa tu, sangat terharu dan kesian pun ada sebab dia mintak dengan semua orang, tak ada yang nak bagi sebab masing2 tengah syok main lambung2 bola tu.. Akhirnya, berjaya la dia mendapatkan 3 biji bola tu.. sangat respect sama dia.. dia akan cari bola tu sampai cukup semata-mata nak mengajar aku baling n sambut bola tu.. dia pun ok..selalu bagi aku semangat n nasihat. ayat yang tak akan aku lupa dia pesan, "walau apa-apa pun terjadi dengan hidup aku, jangan menangis..rajin2 belajar, kalau boleh lawan dia atau sama2 dapat PHD.. maklumla dia ni budak pandai. yang aku tahu, sekarang dia belajar di UIA Gombak.. thanks to Amir.

haha..ni la game tu.. juggel ek?

kawan aku yang kedua. masa aku study kat kolej di cheras, memang aku baik dengan dia. pergi mana-mana mesti bersama. bukan kami berdua tapi berempat. kami empat orang ni, memang aku rapat sikit dengan Lokman. selalu makan sama-sama. study sama-sama. jalan sama-sama..apa lagi? nak p tandas pun, dia akan tunggu aku, dan aku pun akan tunggu dia. nak cakap lagi sekali, bukan hanya aku dan dia ye tapi kami berempat cuma ngn lokman ni aku lebih rapat berbanding yg  2 orang lg. kalau aku balik Kuantan, cuti sem..mesti lokman teman aku.. dia tak bagi aku jalan sorang2.. beg baju aku pun dia pegangkan. setiap kali aku nak balik kuantan mesti die teman aku ke Stesen  Bus Pudu. kite orang banyak share problem.. habis kelas kiteorang tak balik terus tapi melepak dulu borak2 bagai. pernah aku seperti di mark sampai ada yg jeling2 kat aku,buat2 terlanggar bahu pun ada oleh sesetengah perempuan kat kolej tu sbb dorang ingt aku n lokman berkapel.. oh no ! we just best friend..sebab si lokman ni ramai jugak peminat, tapi sekarang tak tahu la cane dengan dia? ok ke tak? sihat ke? buat ape sekarang? aku memang tak dengar khabar dia da.. facebook dia jarang sekali die on.mesti dah lupa password kot. no phone? hurm.. no phone die hilang la...

then..aku kat kolej tu sekejap je..belajar untuk satu sem pastu pindah study kt Penang lak. dalam Poli mase tu, aku ada 2 orang kawan baik lelaki. Masing2 selalu bersusah payah untuk aku. Thanks bro. aku menghargainya... Sampai sekarang masih lagi contact. Shah dan Lan. lagi sekali nak bagitahu, aku bukan perempuan yang suka bersosial ok tapi bila dah mula rapat, aku akan rapat sangat dengan sape2 je lah yang sudi. Terlalu banyak kebaikan yang mereka buat sampai aku tak boleh nak cerita dan kira? bergaduh? mesti lah pernah.. bukan bergaduh bertumbuk tu..tapi seakan-akan macam putuskan persahabatan, tapi yeah..kalau dh best fren tetap jadi best fren.. lagipun aku tak suka nak berpecah belah.. kalau masing2 ada buat silap, kita maafkan kan je la...tak rugi memaafkan. Dengan mereka berdua ni, aku xde rahsia..lagipun benda2 yang aku cerita tu bukan hal besar pun..sebenarnya hidup aku tak ada rahsia la..hahaha..tak ada apa  nak disembunyikan..sebab..tak pernah buat hal? yela tu..


siapa lagi? ok. yang ni namenye Sedi. Dia selalu confius dengan hidup dia.. yang tu la aku dapat perhatikan. Seorang yang sangat2 baik dan caring. bukan dengan aku je tapi dengan semua orang. kalau aku ada emegency memang Sedi selalu ada. Sekarang dia plan nak berkahwin, tapi hati dia terlalu berdebar2 nak meluahkan hasrat tu kat mak ayah dia..haha..sedi..sedi..all the best man !!  tetibe die cakap perempuan yg die kenal tu macam tak sesuai dengan dia plak??? ish3.kalau dah kahwin nanti tak dapat la aku nak ngusik dia lagi..biasa nya aku dan Atikah (kawan sekolah sedi dan kawan sekerja aku..kebetulan sama-sama kenal) akan usik die, buli dia cukup2... :)

#persamaan kelima-lima kawan aku kat atas ni adalah..mereka suka bergaul dengan orang-orang tua dan masih2 ada masalah dengan cinta..masalah macamana?? nak cari bini tapi terlalu muda nak cari awex plak  tapi tak jumpa2 yang setia.. semoga korang jumpa perempuan yang comey macam aku..hahaha.. terperasan sikit tak pe kan..lalalala.


lastly..siapa? kenapa aku tak masukkan yg ke-6 ni dalam kelompok2 diatas?? sebab yang terakhir ni lain dari mereka kat atas2. namanya Aiman. kawan baik aku dan merangkap orang yang nak aku jadikan ketua keluarga aku nanti.. hehe.. boleh ke Aiman tu? Aiman...bila aku ada masalah, masalah aku settle bila ada Aiman.. even dia tak ada dekat dengan aku, sebab dia rajin keje luar tapi dia tetap akan tolong aku walau macamana sekali pun. Yeah..boleh dikatakan aku hari-hari gaduh dengan dia. kenapa gaduh hari2? sebab bila bergaduh..esoknye aku dah buat macam hari semalam tak ada apa-apa berlaku..then timbul plak masalah baru hari ni..then gaduh lagi...macam tu la hari2 yang seterusnya.. Bukan gaduh besar pun. Kadang2 sampai aku terfikir..dah lama tak gaduh ngan Aiman..haha. nonsense !! Cuma aku harap siapa-siapa yang baca post ni, doakan la supaya perancangan aku n aiman berjalan lancar.. :) Dia tak suke bergaul dengan oran tua tapi pandai bergaul dengan orang tua, yang kelakarnya, aku ase perangai Aiman dah jatuh ke aku dan perangai aku dh jatuh ke Aiman..paham tak? rasa macam bertukar perangai lak kite orang ni..

cukup 6 orang teman baik aku. hope aiman tak jeles bila terbace entry ni..lagipun awk kenal dengan siapa saya berkawan sekarang kan?? hee.. pls, percaya kan saya.. :) oh ye..kawan perempuan terlalu ramai..always ingat mereka dalam doa walau jauh dimata. Semoga kalian bahagia dengan hidup kalian.. peace !!


PRODUK TERBARU 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat meera.

Pernah dengar rumpai laut dan beras boleh mencantikkan  kulit? Orang Jepun nak cantik pun mereka guna beras sebagai asas kecantikan..betul kan? 
Ok, saya nak memperkenalkan  pula produk sabun collagen yang diasaskan sendiri oleh Puan Marsaliza Omar yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Sabun Collagen ni baru je dipasarkan pada bulan Jun 2013 yang lalu..so, memang pengedar amat2 diperlukan la untuk mengembangkan produk ni.

Ni dia sabun tu. Sabun Beras Kolagen


Antara Kandungan sabun : beras,rumpai laut, vitamin A , C , E, Air zam-zam. 

Memang selamat digunakan. Siapa yang tak percaya dengan khasiat air zam-zam?? meh sini nak dussh sekali. Saya sendiri dah cuba dan tengah pakai sabun ni. Sesuai untuk semua jenis kulit, boleh digunakan di badan dan di muka. Perubahan positif bila menggunakan sabun ni, kulit saya lebih lembut, kulit makin cerah aka makin putih la senang cakap, kulit muka dah tak berminyak, parut pun dah makin pudar dan paling penting, jerawat pun dah segan nak tumbuh kat muka saya ni. Kesan negatif xde ok..

Saya sendiri  nak tulis pasal sabun ni sebab saya berpuas hati sangat-sangat dengan sabun ni. So,kalau ada siapa2 nak cuba sabun ni boleh bagi tahu saya..komen boleh,pm kat chat box pun boleh.. 

Apa yang penting, orang Melayu muslim adalah pengasasnya dan  dibuat sendiri formula sabun ni..sekarang sabun beras kolagen ni dah didaftarkan di SSM  dan nama berdaftar Sabun Beras Collagen ni,   One MZL Natural Beauty Soap.

Kalau ada masalah kulit berminyak even berminyak sikit pun lebih baik kita cegah jangan bagi berminyak langsung.. Jerawat halus2 pun boleh hilang bila pakai sabun ni. Jangan risau ye..saya dah tanya owner sabun ni sendiri..selamat digunakan untuk baby,ibu mengandung... untuk en suami pun selamat..bukan terhad untuk perempuan je ok..  

Lagi gambar sabun ajaib ni.. 


Sabun ni cantik sebab bentuk love and warna sabun ni pun cantik ditambah pulak bau dia yang wangi..hehe.

Perubahan selepas seminggu pakai sabun ni..secara tak langsung saya menjadi testimoni nye... :) 
Nampak lain tak?? Ok la..kalu korang bukak lptop korang macam cacar marba je post ni mintak maaf ye,sbb sy post guna enset je... Salam Ramadhan :)

KERJA KOSONG SESI OGOS 2013 @ PAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Kerja Kosong untuk anda yang 🌟serius mahu bekerja 🌟tidak mengenal erti penat dan jemu 🌟mempunyai kenderaan sendiri diutamakan 🌟 dan paling penting kepada anda yang mahu memiliki gaji yang lumayan

bukan nak kata la kan..kawan saya tiga bulan kerja bahagian sales ni dah boleh angkat kereta sebijik.. dah boleh camera DSLR yang nilai mencecah 5 angka.. apa lagi? macam2 la kelebihan yang beliau dapat. boleh tengok slip gaji beliau kalau tak caye. tapi..kenapa saya tak join?sebenarnya saya pernah join kerja bahagian sales ni cuma disebabkan keluarga saya pun ada business sendiri so kerja ngan ayah pulak la.. 

Jawatan kosong ni terbuka sepanjang tahun. lagi ramai join lagi bagus. apa-apa pertanyaan dan kalau betul2 dah berminat Sila hubungi En. Aiman dengan segera ditalian 0145159168

bye...jumpa lagi. salam.

JALAN SEHALA DI KUANTAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Aih, pagi tadi orang Kuantan kecoh duk bercerita pasal jalan sehala kat Kuantan.. ape cerita ni?? ok..ni cerita dia..

Petikan dari portal Rasmi MPK : Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di pusat bandar, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara percubaan  bermula pada 22/07/2013  sehingga 21/10/2013 bagi sebahagian jalan iaitu Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan  
Teluk Sisek, Jalan Besar, Jalan Gambut & Jalan Merdeka. Tengok peta laluan jalan sehala kat sini.

Sebenarnya hal ni dah lama di maklumkan pada umum, Utusan online pun ada keluarkan berita ni pada 14 Jun 2013 yg lepas tetapi, sbg rakyat dan penduduk tetap Kuantan, agak terkilan la.. (nak masuk part luahan hati dah ni) pagi-pagi pergi kerja tengok keadaan lalulintas yang tidak dikawal amat menyedihkan dan menyusahkan pengguna jalan raya. Saya faham, hari ni 22 Julai 2013 adalah hari pertama 'eksperimen' dijalanankan ke atas penduduk Kuantan khususnya. Mungkin sebab itu kawalan trafik tidak dilakukan lagi semata-mata mahu menguji sejauh mana keberkesanan eksperimen jalan sehala ni. 

Namun, bagi pendapat saya, kawalan trafik harus dilaksanakan untuk permulaan, bukan bertugas sebagai pemerhati tetapi bertugas sebagai pengawal jalanraya bagi memudahkan lagi pergerakan kenderaan. Bayangkan, jalanraya yang telah dibuka menjadi 4 laluan sedangkan pengguna jalanraya tidak dimaklumkan atau tidak di ingatkan untuk berada di laluan yang betul. Kesannya, berlakulah huru-hara di tempat sendiri dimana pengguna jalan raya yang berada di barisan ke-4 mahu masuk simpang ke kanan dan pemandu dilaluan pertama dan kedua mahu meneruskan perjalanan ke hadapan. 

Harapan saya, semoga eksperimen untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ini berjaya dan berjalan dengan lancar dan akhirnya menemukan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan yang semakin teruk dibandar Kuantan. (luahan hati tamat..lega rasa dah terluah kat blog sendiri)

Pendapat saya lagi, sepatutnya kenderaan yang semakin bertambah dijalan raya di selesaikan dengan penambahan pengankutan awam, atau penduduk mengambil inisiatif  berkongsi kenderaan, atau penambahan pembinaan jalan baru seperti flyover, jambatan atau bypass tapi apa yang saya lihat selama ni, struktur jalanraya di Kuantan seolah-olah tidak akan ditambah kerana jalan yang sedia ada seperti sudah mencapai persediaan menangani kemungkinan kesesakan jalan raya untuk 100 tahun.

ok la..setakat ni sahaja. jika tak bersetuju atau berlainan pendapat boleh la share dgn saya. Saya luahkan disini krn saya sayang tempat lahir nya saya dan saya masih kekal berada di Kuantan, mejadi rakyat yang ingin menhabiskan sisa hidup juga di Kuantan. salam Ramadhan.. :)