SEJARAH TEBUAN

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT MEERA SEMUA NYA,,SALAM SEJAHTERA

jom borak pasal tebuan pulak.. sape cakap kena sengat tebuan tak sakit?  ok,kat sini koi ada sedia kan beberapa petua untuk menhilangkan bengkak atau sakit kena sengat dek tebuan ni.. agaknya tebuan ingat korang ni bunga, sebab tu dia gigit, nak ambil madu..hehe.

ini tangan abg koi..selepas kena ngorat ngan tebuan.cepat betul bengkak nye kan..

nak jugak wat tanda tangan dia bengkak..ok, dah, jom baca petua lak


Petua Hilangkan Bengkak dan Sakit  Sengat Tebuan

1. Ambil ubat gigi..tak kisah ape jenama dan campurkna dengan beberapa titis cuka makan. Gaul adunan (macam nak buat kek je) dan sapu pada tempat yang bengkak. InsyaAllah, surut bengkaknya.

2. Perah lobak yang telah diparut dan campurkan dengan beberapa titis cuka makan, sapu pada tempat kena sengat tebuan atau lebah..

3. Ni, bagi kes yang agak serius. Jika duri tebuan masih terlekat, cungkil dengan pengepit kuku dan jangan digosok. Lumur bahagian disengat dengan soda bikarbonat yang dicampur air untuk mengurangkan bengkak dan sakit.Basuh, ikat dan balut kemas bahagian terkena sengatan.Beri mangsa minum air dan masukkan ketul air batu ke dalam mulutnya.Jika bahagian disengat bengkak, terlentangkan mangsa dan dapatkan rawatan doktor - sumber pasbukitbendera



SETELAH PULIH DARI SAKIT

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye korang. lame kot tak update blog. last update 1 Feb 2013. sekarang dah 6 Feb..kenapa koi menyepi je sebelum ni? tu la, kalu nak taw..hari kelima ni pun sebenarnya tak sihat2 lagi..teruk ke sakit nye? tak de la teruk pun, kalau orang dengar mesti dorang cakap, Ceh!Demam je kot.. ang jangan nak kot sangat la ek.

last koi update blog ni, memang demam macam nak teruk.ok, balik kerja ritu.. Along jemput ambil. ingatkan nakbalik rumah terus, rupa-rupanya gi Teluk Cempedak dulu..makan petang kat Restoran apetah namenye. koi mintak Mihun Tomyam. Bila sampai je order, terus terkeluar dari mulut koi, "sikit nye.." apa yang sikit?mihun tomyam dia la..mangkuk besar dah, tapi isinye seciput je.. Ma and kakak2 yang lain mintak nasi goreng. Perh, licin kot pinggan depa makan. nak kate sedap, memang boleh tahan la tapi pasal ape depa makan sampai licin pinggan tu..sebab nasi die pun sikit. macam nak bagi budak2 makan je.

siap makan, ingatkan nak balik rumah terus, tiba-tiba Along singgah kedai kek pulak nak belikan kek hari jadi untuk adik. Masa tu, memang tak larat dah nak berjalan, tapi koi gagahkan jugak kaki ikut dorang p beli kek..ok, kek dah dapat. koi pun rasa lega sebab boleh balik rumah..Aish, belum nak balik rumah lagi rupanya. Along singgah pulak kat Tunas Manja nak beli makanan or persiapan untuk besday parti nanti.. Adoy. koi memg give up.. duduk je dalam kereta. mase tu jam pukul 6.15ptg. Koi duk je la dalam kereta sambil tercungap2 sebab dah start selsema. ok, jam 6.50 ptg, baru depa sudah bershoping. koi memang tak sabar nak balik dah ni. Kakak koi yang no.2 btaw, "belum siap lagi...ma nak beli hadiah untuk kakak (adik yang digelar kakak) pulak " memang nak marah koi rasa. memang tak larat giler dah ni.. jam 7.40 malam. ha, baru dorang siap nak beli hadiah untuk adik koi tu.. sempat lagi shoping benda lain lagi rupanya selain nak beli hadiah tu.. patut la lame sangat.

ok, sampai rumah dalam kul 8mlm, memang tak mapu nak buat ape dah..barang2 yang ma n along shoping td pun memang tak tolong wat masuk rummah. ape koi buat?? masuk bilik, terus baring atas katil..siap berselimut lagi. badan mase tu memang panas, berpeluh sakan. badan lenguh-lenguh, tetiba pulak angin dalam perut. memang terseksa.. pkul 10.30 mcm tu kot, adik koi balik kerja, depa terus sambut besday adik. koi memang x join. demam teruk. Pkul 1pagi, baru koi mampu nak bangun, baru nak mandi pulak tu..aih,,kotor betul la..balik2 terus tdow. hehehe..hanya koi je yang memahami keadaan koi mase tu.

sekarang, hari kelima, masih tak baik2 lagi..tak tahu la kenapa orang Kuantan sekarang,kalau demam teruk betul, Kawan mak koi, sampai tak bangun terus dia demam. katenye macam dah lumpuh.. ade lagi sorang, bukak mata pun tak larat..demam depa memang teruk la..agaknya, cuacana sekarang yang tak menentu ataupun udara dah kotor sangat agaknya.

KAT MANA NAK DAPAT KAN NOTA SUBJEK TERTENTU?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Hari ni, terasa nak bagitahu sesuatu yang penting khusus nya kepada adik-adik, kakak, abang yang baru nak sambung study ke peringkat yang lebih tinggi.

koi paham..kadang-kadang aok mer nak cari bahan untuk assingment,project, presentation pun payah nak jumpa nota atau bahan nye kan? ok, LISTEN..  banyak sumber rujukan yang korang boleh dapat melalui internet, cuma boleh terima ke atau tak boleh terima nota yang korang dapat tu? jangan sampai cikgu, pensyarah atau member korang sendiri mengamuk sebab nota yang korang cari tu tak kena dengan subtopik atau tajuk yang korang dapat.

ok, disebabkan koi ni dulu study bahagian Pengurusan Perniagaan, maka nya koi cuma dapat tolong carikan sumber nota dari kos yang koi belajar dulu je la.

kalau nak buat projek..final projek la katakan.. korang boleh search perkara yang berkaitan  di :

GOOGLE SCHOLAR. kat sini banyak article, kertas projek yang boleh dijadikan bahan rujukan sebab kebanyakkan nya datang dari student seluruh dunia, jabatan-jabataan tertentu dan pelbagai pihak lagi la. Dulu pun koi banyak merujuk contoh  kertas projek kat Google Scholar ni. Taip je la apa2 yang korang nak cari.
bahan untuk rujukan asg,presentation, ulangkaji, ect. bagi subjek yang ada dalam Dip. Pengurusan Perniagaan :

1.  http://www.managementstudyguide.com (English only)
2.  http://www.scribd.com ( in Bahasa & English)
3.  Perpustakaan
4.  Para pensyarah
5.  Senior yang bijak pandai..

tak larat dah nak tulis panjang2..tengah demam. so, kalau ingat balik laman web yang lain2 tu nanti koi update ataupun korang sendiri tolong member2 yang lain mention laman web yang bgus dalam box comment ok. TQ. bye.

#tolong rajin berjumpa dengan Pensyarah..itu adalah tips yang paling berkesan untuk memperoleh keputusan dan idea yang terrramat bernas. Betul tak?? kalau tak caye tanye depa yang selalu p jumpa lecturer time study kt IPT dulu..

DILARANG AZANKAN BAYI BARU LAHIR

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Apa kes ni? kenapa tak boleh nak azan dan iqamahkan bayi yang baru lahir pulak??
ha..kalau korang nak tahu ni lah yang terjadi sekarang kat Kazakhstan.
Arahan melarang bayi diazankan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman di Mangistau dengan alasan bacaan azan dah iqamah di telinga bayi tidak selaras dengan undng-undang negara itu,
selain menegaskan bilik bersalin hanya untuk urusan duniawi dan amalan berunsur keagamaan adalah dilarang. 
Walaubagaimanapun perbuatan mengazan dan iqamahkan bayi hanya dilarang dilakukan dibilik bersalin..
dan kebanyakkan hospital dinegara itu hanya akur dengan arahan yang telah dikeluarkan. - sumber

NOTA : Kazakhstan merupakan negara ke sembilan terbesar didunia dengan keluasan  2,717,300 km² kalau korang nak tahu, lagi besar daripada Eropah Barat.