HIMPUNAN KATA-KATA USTAZ AZHAR IDRUS

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

sebabkan terlalu minat dengan ustaz azhar ni, koi kumpulkan sedikit sebanyak kata2 yang disampaikan oleh uai.. (seme nye koi cari kat dlm internet..xde copyright punye) ustaz ni die tak berucap ikut suke mulut die je, semua nye ada nas n dalil  yang sah...tak caye ce tanye uai.beliau boleh tunjuk dari sumber kitab mane die rujuk segala.. wasalam..













KENAPA KITA DILARANG TIDUR MENIARAP?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


Tidur  - rutin harian manusia yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kita rehatkan badan dan mengembalikan tenaga setelah seharian membanting tulang untuk dapatkan rezeki.

Firman Allah , “dan antara tanda kekuasaan-Nya adalah tidurmu di malam hari dan siang hari usahamu mencari sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarnya. (Ar-Rum 30:32)

Pada suatu hari Abu Zar menceritakan, “Nabi pernah berjalan melintasi aku, ketika aku sedang berbaring meniarap. Nabi membangunkan aku dengan kakinya sambil bersabda: “wahai Junaidab (Abu Zar), sesungguhnya berbaring seperti ini adalah cara berbaringnya penghuni neraka.” (Riwayat Ibnu Majah)Pada hari yang lain pula Nabi s.a.w melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lalu Nabi bersabda, “inilah cara berbaring yang dibenci Allah s.w.t.” (Riwayat Tarmizi)

Bukti kajian saintis 

  • Saintis Islam, Dr Zafir al-Attar – tidur secara meniarap akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar menghalang dada dari mengembang dan mengecut. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas sehingga menggangu jantung dan otak.
  •   Intermountain Spine Institute (1999) pula menyimpulkan  tidur meniarap boleh  menimbulkan tekanan dibahagian belakang dan leher seseorang, juga boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.
  •  

 Jom ikut cara Nabi tidur..

Imam Ibnul Qayyim berkata, “ adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan.” 
  •   Nabi s.a.w suka tidur mengiring ke kanan
  •   Kadang2 Baginda tidur secara menelentang
  •   Tidur beralaskan bantal yang selesa
  •   Meletakkan tangan dibawah pipinya
  •  Sentiasa berzikir sehingga baginda tertidur.
baby ni comey ngat

Dr. Zafir al-Attar berkata tidur yang terbaik adalah kedudukan tidur mengiring ke kanan kerana paru2 kiri lebih kecil dari paru2 kanan. So jantung akan menanggung benda yang lebih ringan. Hati pulak dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung.perut akan bertenggek diatasnya dengan baik untuk memudahkan mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. Wallahualam…

THE END OF THE WORLD DECEMBER 2012

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Good morning everyone..last night my dearest .. sent me a text message about December 21st 2012..honestly, i am blank about this haunted date. what?! the end of the world?? ok, this morning i try to google about December 21st.. This date has become the most anticipated date of our time..yeah, every single people start talking about December 2012 and they just dont know what to believe anymore.. In their mind  right now just only have two questions. first, should we prepare to live or should we prepare to die?

mukadimah je bahasa Inggeris tu. skrg aku nak cakap kut Melayu plak. dengar ye sahabat2 sekalian.. hari kiamat tu, private and confidential.. xdak sapa yang tahu bila datangnya kiamat tu kecuali?? hanya Allah s.w.t.

Firmannya ;

MEREKA BERTANYA KEPADA MU (WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT,BILAKAH MASA DATANGNYA?KATAKANLAH,SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU,TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA WAKTU NYA MELAINKAN DIA. (HURU HARA) HARI KIAMAT ITU AMATLAH BERAT LAGI MENGERUNKAN MAKHLUK MAKHLUK YANG ADA,DILANGIT DAN JUGA DIBUMI,IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT.MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA, KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DISISI ALLAH TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI (SURAH AL A’ARAF AYAT 187)


aku cuma ada dua soalan je,, pada siapa kita percaya..dan pada siapa kita beriman? kalau nak kata kiamat tu jatuh pada tahun 2012, itu sekadar ramalan. sedangkan Allah s.w.t dah ada ceritakan tanda2 sebelum datangnya kiamat tu, Nabi Muhammad s.a.w pun  ada sampaikan pd kita  tanda2 nak datang kiamat tp..bila  tarikh kiamat tu berlaku baginda tak dak sebut..

kat bawah ni adalah peristiwa2 besar sebelum tibanya hari kiamat

1.    munculnya imam mahdi


2.    turunya Al-Masih Dajjal
maskot olimpik 2012 ni..

3.    turunnya Isa bin Maryam

4.    keluarnya Yajuj & Makjuj
gambaran yakjuj dan makjuj

5.    Matahari terbit dari Barat
dikatakan negara jepun mula bergerak ke arah barat (sedangkan jepun adalah negara matahari terbit) semenjak kejadian stunami
6.    keluarnya binatang dari perut bumi
hehe..gambar hiasan

7.    dunia diliputi kabus yang tebal
gambar hiasan

8.    Angin yang mematikan, diangkat Al-Quran & perkara baik

9.    hancurnya Kaabah

10.  api yang menghalau manusia


11  .ditiupkan sangkakala

kalau nak diikutkan tanda-tanda kecil kiamat semuanya dah nampak sekarang.. walau macamana pun, kita perlu ingat beriman kepada hari kiamat tu wajib..dan kematian tu hal wajib yg boleh datang menjemput kita bila2 masa pun..banyak2 kan lah beribadat, melakukan kebaikan..memperbanyakkan amalan2 soleh supaya kita tidak lalai dari tujuan sebenar kita hidup kat dunia ni,, iaitu beribadah semata2 kerana Allah taala.

Sabda Nabi s.a.w"Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."






KISAH ZAMAN DULU

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA



ni la gaya kehidupan aku mase kcik2 dulu..asal melukis je mesti ada rumah kayu, pelangi, bukit, matahari..pokok kelapa..tp jadi pokok pisang lak.telaga tu saje nak tambah kasi penuh ruang.. pokok nya apa yang ada dalam lukisan ni, tulah yang selalu aku lukis dulu.

Masa kecik2 dulu, berangan nak tinggal kat rumah yang ada sawah padi.tak tahu kenapa..pastu, selalu berdoa supaya umur aku cepat jadi umur 18,19..20 tahun.siap buat plan..masa umur 18 tahun apa yang aku nak buat dengan hidup ni..
Masa dulu2 lagi aku dah berangan nak jadi businesswoman yang kaya raya.. boleh buat rumah bawah tanah.sebab senang kalu ade penculik or orang jahat masuk rumah, boleh menyorok kat rumah bawah tanah tu.. benda yang aku fikir2 kan selalu adalah keselamatan diri n keluarga.
Aku pun berangan2 nak jalan2 kat kuala lumpur..pulau pinang..yela, orang kaya n berjaya kan..mesti lah melancong kat mana2. Cuba teka, dapat ke tidak impian masa kecik2 aku tu tercapai??
Kalu nak ikutkan, aku xda rumah sendiri lagi..hehe.so simpan dulu angan2 tu..so, kat mana lagi negeri yang aku belum jejak? Just Sabah and Sarawak..mesti korang pun tak heran sebab mungkin sahabat meera yang lain dah pernah pergi Kota London, Mekah, Korea, Jepun  semata2 nak tengok pokok sakura kan..
Macamana aku dapat p merata2 tu? Tuhan maha kaya.lepas aku SPM, aku terpilih untuk join PLKN kat Cheneh, Terengganu..habis 2bulan 10 hari kat sana, aku sambung study kat cheras KL..kos akauntansi…huhu.sebelum tu aku tak berpeluang nak berjalan sakan kt kl sebab trun sane untuk melawat saudara mara n hantar kakak-kakak aku sambung study kt shah alam. Satu sem aka 6 bulan aku kt KL..aku tak sia2kan peluang pergi merata tempat kat area sana.

Habis satu sem, ayah aku suruh tukar sambung study kat politeknik Penang..s*%#.. aku tak nak mulanya.. tApi nak xnak terpaksa ikut cakap ayah aku..jadilah aku warganegeri Penang salama tiga tahun.kos pengurusan perniagaan pulak..nak dijadikan cerita, memang banyak hikmahnya aku duk kat Penang tu.dari situ la aku dapat pergi ke Kedah,Perak,Perlis,Melaka,N9, Johor..(sebelum ni pernah pergi dah)..ha, Kelantan tak payah nak habaq la..kampung ayah aku kat sana. Cane aku boleh pergi semua tempat tu? Aku aktif dalam persatuan,  MPP  n JPP..( benda yang sama je tu). So, kat sana bnyk program luar yg aku boleh join..best sngt2.. Alhamdulillah.

Habis study ape yang aku buat? Pendek cerita, aku kerja ngan ayah aku..business sekolah memandu.. so, aku masih mengejar impian2 aku yang masih diawangan.. DOAKAN AKU YEP KAWAN2 SEKALIAN..

P/S: BUKANG SENANG NAK JADI SENANG TANPA ADA USAHA YANG MELEBIHI KESANGGUPAN. USAHA TAK AKAN DATANG TANPA ADA USAHA YANG ISTIQAMAH; DOA KEPADA ALLAH S.W.T. DAN SIFAT ISTIQAMAH ITU ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH UNTUK KITA..SEBAB DISAAT KITA MAHU BERISTIQAMAH TU LAH, PELBAGAI DUGAAN HEBAT AKAN ADA PADA KITA KEBIASAANNYA..