PeRHiAsAN TeRbAIk..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik itu adalah wanita yang solehah.”
(HR. an-Nasa’I dan Ahmad)

wanita yang bagaimana dikatakan perhiasan terbaik dunia??tentulah wanita yang solehah. dan apakah pula yang dimaksudkan dengan solehah?

terdapat dua syarat di dalam islam yang membolehkan seseorang wanita itu bergelar solehah,
1) taat kepada Allah dan RasulNya
2)taat kepada suami

dan..apakah ciri-ciri wanita ahli syurga?

hadis Nabi menyatakan: daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "apabila seseorang perempuan mendirikan solat lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka," (Hadis Riwayat Ahmad)

bagaimana pula denganketetapan jodoh yang telah dijanjikan Allah SWT?

Allah telah berfirman,

"dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menjadikan untukmu pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram terhadapnya. dan di antara kalian Dia wujudkan rasa kasih sayang" Ar-Rum:21

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26

ada sahabat yang bertanya bagaimana pula wanita yang tidak sempat menikah kerana telah meninggal dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"tiada sibujang didalam syurga" (hadis riwayat Muslim)

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.begitu pula dengan seorang wanita ahli syurga yang mempunyai suami tetapi suaminya menjadi ahli neraka. maka ketika ia masuk syurga, disana pun terdapat lelaki yang belum pernah menikah didunia.mereka akan mendapat pasangan dengan bidadari dan juga pasangan dengan wanita dari dunia jika mereka mahu.

firman Allah SWT yang bermaksud,

"Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk berpasang-pasangan,sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui" yassin 36:36

sahabat..setiap manusia itu mahukan yang terbaik pada diri mereka kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa puas. alangkah bagusnya jika kita mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk diri kita supaya kelak di akhirat kita akan selamat. InsyaAllah. jadikan dirimu bak permata, yang sukar dicari bahkan mahal sekali harganya..tidak mampu dimiliki semua orang.sangat dihargai pula.semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita di dunia ini..dan memperoleh redha dariNya. Amin..


 

kuliah maghrib 10MAC2011 di pusat islam...

sekadar untuk berkongsi dengan semua pembaca. oleh ustaz Muhammad Suhaimi..

enam perkara dipandang asing di enam tempat :

1) masjid dipandang asing bagi orang yang tidak menunaikan solat didalamnya
2) al-quran dipandang asing di dalam rumah-rumah orang yang tak mahu membacanya.
3) al-quran dipandang asing di dalam hati orang yang fasik (orang yang tidak mahu mengamal isinya)
4) muslimah solehah dipandang asing oleh lelaki yang zalim,yang buruk perangainya
5) muslim soleh dipandang asing oleh perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya
6) orang alim dipandang asing dikalangan kaum yang tidk mahu mendengar nasihat

empat macam benda berharga pada manusia boleh hilang dengan empat sebab :

1) hilangnya akal disebabkan rasa marah
2) hilangnya agama kerana sifat dengki
3) hilangnya malu kerana sifat tamak
4) hilangnya amal soleh kerana suka menceritakan keburukan orang lain

renung-renungkan...


ayat favourite..

assalamualaikum..semoga dalam barakahNya hendaknya kita semua hari ni..

sepanjang hampir 21 tahun hidup kat dunia ni..ni antara ayat-ayat yang boleh dikatakan  sangat sesuai dengan jiwa aku..boley hilang stress,boleh tingkatkankan motivasi..makin dekatkan diri dengan Tuhan..even kadang-kadang terbabas jugak..hurm, setiap masa aku try nak jadi yang terbaik untuk diri sendiri..memang la manusia tu dah diciptakan sempurna kan,,tapi untuk pengisian rohani or hati kita...Allah tak bagi troos macam tu.kita yang kene ikhtiarkan macamana kita nak jaga hati kita ni...kita usaha majukan diri kita bukan untuk sesiapa pun,tapi untuk diri sendiri niat kerana Allah taala. itu pendapat peribadi aku la.. Allah takkan tolong hamba2Nya selagi kita sendiri yang belum mencari ikhtiar..berusaha la maksud aku.

firman Allah S.W.T,
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (QS. Muhammad:7).

ni antara ayat favourite aku.. :

>sesuatu yang baik itu hilang kerana yang lagi baik akan datang menanti
>sabar la..tak lari gunung dikejar
>apa segala... (trademark cikgu plkn aku,sampai sekarang melekat kat aku..hehe)
>wak lu....
>tu dio..
>terbaik habaq ang
> dop bijok (selalu pakai ayat ni )kalu aku careless
> can not gi... (bukan can't go yew)
>berusaha selagi mampu
>jangan duk wat kalut lar.....
> pertolongan Allah tu dekat asalkan kita bersabar dan bertakwa kepada agamaNya..
> tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada Allah..yang buruk pada kita tu buruk pada Allah.
> kenapa masih nak bercakap-cakap dengan member sebelah sedangkan kita tengah bercakap dengan
Allah S.W.T (berdoa).. dop sopan langsung...
> xpe,Allah tolong... (time aku dalam kesusahan,ni la ayat aku pakai  nak pujuk diri sendiri)

papepun the best words yang ada dalam dunia ni Al-quran la...aku bukan cakap saja2 ni,memang dah terbukti sejak azali lagi..kalu kita faham setiap maksud ayat Al-quran tu..subhanallah..boleh menitis air mata..
lagi se..zikrullah..ingat lah selalu pada Allah..kalu korang malas ngat nak solat,korg tgk la apa yang ada disekeliling korang..pokok..awan..langit..angin yang kita tak nampak dan macam2 lagi..muhasabah diri..insyaAllah..masa tu tergerak hati kita bersyukur pada Sang Pencipta...terus lah buat apa yg patut..solat la weh..korang yang tak pernah solat tu..hurm,betul2 aku tak paham kenapa...dulu2 pun aku macam tu..mane pernah cukup pon, (sebabnya malas) tapi alhamdulillah..Allah dah bukak kan pintu hati aku untuk lebih dekatkan diri pada Dia..aku rasa nak membebel lagi panjang pasal solat..aku betul2 tak paham..kot la ada orang yang terasa bila bace post aku ni..bagus lah..bila dah terasa tu hope ada lagi  even secebis pon...iman dalam hati kita semua...
wallahualam..

maafkan aku

bila aku mula untuk putuskan hubungan itu,
aku mengerti kau tidak bersedia lagi..
namun aku punya alasan sendiri..
yang pasti  aku telah tersasar jauh
maafkan aku,

aku pergi meninggalkan mu
dikala kau  masih mengharapkan sesuatu yang jauh
perlunya aku mencari sesuatu
untuk aku siapkan diri,siapkan diri
maafkan aku,

kiranya difikiranmu aku adalah egois
persilakan lah..aku bukan insan sempurna
belum layak membimbing malah harus dibimbing
maafkan aku,

disaat ini tiada kata maaf dariku
sungguh..kerana apa yang aku lakukan....
hanya Dia sahaja yang tahu
harapanku,moga kau tabah disana

katakan lah apa saja yang kau mahu
jika kata itu membahagiakan kamu
benar..aku pergi dengan kerelaan hati
semoga kelak kau mengerti...