BAJET MAJLIS TUNANG SIMPLE

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

musim orang bertunang ke sekarang ni ?? kepada bakal tunangan orang, Meera ucapan selamat bertunang dan semoga ikatan pertunangan korang berpanjangan sehingga ke jinjing pelamin. Amin..


oh ye..sembunyikan pertunangan dan hebahkan perkahwinan. itu lah yang lebih afdal, tapi zaman teknologi ni kan..yelah, zaman pesbok, twiter,intagem ni, xde makna nya nak sembunyi2 kan..kan. OK, guana nak buat majlis pertunangan yang very the bajet?? huhu. ada orang tak bertunang tapi nikah terus. Ada orang bertunang dan ikat  1,2 tahun lepas tu baru berkahwin. ada orang jugak.. merisik, bertunang dan kahwin terus... ha. ikut kemampuan bajet, dan kelapangan masa la kan.

tapi yang mane afdal?? yang tu ikut korang lah nak macam mane pun. janji kahwinnnn. yedak? if rasa-rasa tak dapat nak bernikah dalam masa yang singkat, bertunang la dulu, ikat tepi takut2 kekasih hati dikebas orang. yelah, bila dah jadi tunangan orang, lelaki lain tak leyh masuk line dah. haram jadinya.


bajet Tunang dalam anggaran RM1000 cukup tak? rasa nye terlebih cukup dah tu atau korang boleh kurangkan lagi belanja tu.

1) Waktu bertunang, pihak lelaki tak payah la bawak rombongan sampai 3 buah bus. nak bawak 3 buah bus tu tunggu je la kahwin nanti. hehe. Bukan nye apa, seperti yg saya cakapkan tadi, sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan.bajet untuk makan pun tak de lah besar sngt jadi nya. Macam kakak meera bertunang baru2 ni, menu majlis nasi ayam. RM4.50 sekepala. so, anggaran bagi tetamu dua belah pihak termasuk jiran terdekat dan sahabat terapat dalam 100 orang je. Total makan RM450. minum? kiteorg buat sendiri je. beli cordial n ais batu, satu balang besar bekas air. Tapi semua tu dah ada awal2 so tak dikira utk belanja dah. siap minuman utk orang ramai. pencuci mulut buah tembikai yang mase tu beli 2 biji  x RM10. Khemah besar 1 RM150 (siap kerusi, meja, alas meja, kipas) TOTAL UNTUK BAHAGIAN MAKAN2 TERMASUK KHEMAH = RM450 + RM20 + RM150 = RM620

2) Barang hantaran. Biasa nya hantaran majlis pertunangan ni, orang bagi simple2 je.. nak very da diva tu time kahwin nanti. Seperti contoh kan, belah perempuan bagi pada pihak lelaki  7 hantaran, belah lelaki bagi 5. Apa biasa orang bagi untuk hantaran tunang? 1. sirih junjung (standart rm50) 2. Sejadah ( anggaran RM10) 3. Coklat (RM20), 4. Buah (RM20) 5. Telekung (pernah jumpa telekung lycra RM40) 6. Towel + Sulaman Selamat Bertunang (RM30) 7. Kek (konon2 RM70). Makanya anggaran belanja barang tunang dalam RM240 ..
*nak lagi jimat beli la seme barang2 tu dengan harga member.hehe.

3)Pelamin. Masa 2 orang kakak Meera bertunang, mereka berdua tak buat tempahan untuk pelamin, Kami cari kain untuk buat tirai dan bunga hiasan yang dalam pasu rotan tu je.. Hias pelamin sendiri. Kak long duduk dalam bilik so tak perlukan kerusi sebab sarung cincin dalam bilik je, Kak Ngah dah ada kerusi panjang yang dah dibeli awal2. so belanja untuk kerusi tu tak dikira. Bajet untuk buat pelamin sendiri dalam RM50 sahaja termasuk kain tirai dan barang2 hiasan. Hiasan hantaran pun sama. Kami hias sendiri, 7 hantaran hiasan dia anggaran dalam RM80. Total untuk hiasan RM50 + RM80 = RM130

TIPS..


  • untuk tiga perkara ni total adalah RM990. Sebenarnya, RM990 tu boleh dikurangkan lagi if kita mintak sposer dari adik-beradik, family terdekat, kawan baik..atau sesiapa je la yang sudi nak sponser kan.. hehe. 
  • lagi satu tips nak jimat belanja majlis kahwin ke, majlis tunang ke.. prepare la awal-awal, sedikit demi sedikit. kakak Meera dah prepare awal2 baju tunang and aksesori tunang yang lain. so tak sakit kepala dah nak pikir. Nak tahu tak? baju tunang tak sampai RM100 pun ok, tapi tetap cantik dan nampak eksklusif gitu..ikut warna jugak la sebenarnye..
  • mekap.. majlis tunang mekap simple2 sahaja.. kalau pandai mekap sendiri lagi bagus. kalau tak pandai mekap terpaksa la tempah dengan mak andam. bajet mekap dalam RM150 pun dah ok kot.

setakat tu dulu lah. korang ada tak jumpa sesiapa yang bajet tunang atau kawen yang betul2 ekonomi?? ce kongsi sekali. Salam.

PSS : ada kawan Meera kahwin tak ada hantaran. yang ada cuma kenduri kesyukuran. sangat2 simple. Dia cakap kat Meera macam ni, " kalau nak diikutkan memang mulut orang mengata tapi kita ni yang tak tahan dah, nak kahwin jugak..buat yang mana ada je la. Hantaran tak bagi pun tak pa, lepas kahwin boleh mintak. (huhu,terkesan dalam hatiku) belanja kita selepas kahwin ni lagi penting. banyak belanja lagi.. " ha..tu yang dia cakap. Meera tengok alhamdulillah kehidupan dia selepas kahwin senang sangat. anak pun dah ramai :)


*CATAT REKOD !! Meera berjaya kurangkan kos pertunangan Meera tak sampai RM600 je..ye serius. boleh baca entry ni kalau nak tahu kisah.. Belanja Pertunangan Meera


JOM TENGOK SENI LUKIS PADA KERETA KOTOR !! HEHE..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


Mereka semua ni memang betul-betul berbakat. Kira nya tak ada la tension sangat kan bila tengok kereta yang kotor tu ada jugak seni nye..macam rase sayang lak nak basuh kereta lepas tu..keh3





yang ni dah merata trmpat Meera pernah jumpe.hehe.famous design.




sumber : 1,000,000 Pictures

BAJU MUSLIMAH SEDONDON IBU DAN ANAK SERIUS CANTIK !!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

SALAM..MEERA NAK PROMOT BAJU MUSLIMAH KAT SINI PULAK.. KALAU NAK TENGOK LAGI BANYAK STOK BOLEH KLIK LINK NI OK ---->  


AWAS !! RISIKO PEMBELIAN ATAS TALIAN. KHAS UNTUK PARA PELANGGAN YANG BUDIMAN,

(1) WARNA BAJU - warna baju sebenar mungkin sedikit berbeza daripada gambar disebabkan faktor pengcahayaan & teknikal.

(2) KUALITI KAIN - jenis kain yg dinayatakan adalah mengikut spesifikasi kualiti fabrik yg digazetkan oleh pihak kilang. Pihak penjual tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kekurangan & ketidakselesaan baju yg dibeli, sebelum atau selepas cucian.

(3) UKURAN & SAIZ - carta ukuran yg dipaparkan adalah merupakan garis panduan kasar untuk kemudahan pembeli menentukan saiz baju yg paling hampir. Sila pastikan saiz yg sesuai dgn anda sebelum membuat belian.

*Cutting paper yg pihak kilang guna mmg ikut jadual ukuran tu.Memang kadang-kadang ukuran akan lari juga disebabkan jenis kain yg digunakan atau cara jahitan sesuatu design yg berbeza-beza. Tapi kalau lari pun dalam setengah inci je camtu.Itu mmg perkara biasa sebab prkara ni pihak kilang tak boleh kawal.

Diharap penjelasan ini membantu pelanggan-pelanggan, peminat baju muslimah keesya couture atau lain-lain produk pakaian sekali pun memahami risiko pembelian atas talian. Sekian, terima kasih berurusan dengan kami.



Product information:Color : navy blue mix floral
Material :100% cotton

(MOM)
Code KA106J
Price:
XS-XL RM59
2XL-4XL RM62

KIDS:
Code KC109C
Price:
4t,6t RM42.00
8T,10T,12T RM45.00


Product information:Color : black mix floral
Material : 100% cotton

MOM
Code : KA106H
Price:
XS-XL RM59
2XL-4XL RM62

KIDS:
Code KC109A
Price:
4t,6t RM42.00
8T,10T,12T RM45.00

Product information:
Color pink mix floral
Material 100% cotton

MOM
Code : KA106i
Price:
XS-XL RM59
2XL-4XL RM62

KIDS:
Code KC109B
Price:
4t,6t RM42.00
8T,10T,12T RM45.00

PROMOSI SEPANJANG RAMADHAN SAHAJA!! 
MEERA NAK BAGI DISKAUN PADA YANG SERIUS NAK ! OK.. 
CEPAT2 SMS / WHATSAPP MEERA 014-2276867..

OH..YE NI UKURAN BAJU DEWASA DAN KANAK-KANAK.. NAK BELI BAJU DEWASA SAHAJA ATAU KANAK-KANAK SAHAJA PUN TAK DE HAL.. SALAM..








AKIBAT TERLALU CONFIDENT ATAU OVER CONFIDENT !!!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Kejadian over confident ni baru je berlaku beberapa jam yang lepas. lagi satu kan.ejaan confident ni betul ke tak betul?? tak pe lah..janji confident. bila kita confident dengan kerja, boss pun jadi sayang tapi kalau dah terover confident tu cane lak??

kisah dia macam ni.. beberapa hari lepas ada seorang calon lesen memandu nak amik ujian statik untuk kali kedua. Kawe pun confient reply mesej.. "ok !" so, semalam dah settle kerja, sudah book untuk ulangan statik tu.. Hari ni punya cerita , adik tu mesej aku, dia tanya aku tak book lagi ke ujian statik dia? sebab nama tak ada. Aku pun apo lagi, dengan confident je jawab, " dah book ! memang nama awak ada dalam sistem. nanti  p kat kaunter, tunjuk ic.."  lagi sekali adik tu call aku, dia cakap memang nama dia tak ada.
Aku jadi pelik sebab resit bayaran ujian statik tu pada aku dan bertarikh 3/5/14 hari Sabtu. Aku sendiri cek dalam sistem memang nama dia ada ! aih.ape kepelik nye kes ni??

Aku pun call boss, "hello boss, nama budak ni tak ada dalam sistem. semalam kan dah book?"
so pulun la boss aku ni tanya institut memandu TTT ni dan pusat menjawab statik XXX. Sangat2 pelik. Aku tak puas hati aku sendiri call instt. memandu dan tempat ujian tu... Siap boss adik tu call aku, tanya macam mana nama GGG ni tak ada?? Aku dengan sangat confident jawab, "memang dah book, saya call inst. memandu TTT tadi pun dia cakap dah success. Mungkin sistem kat tempat XXX tak terima lagi tu.."

Boss aku call, dia cakap nama adik tu ada da kat tempat ujian statik tu.. Aku jadi la bertambah pelik, Habis tu adik tu cakap tak da kenapa???  Lagi sekali aku call adik tu mintak jawab ujian statik tapi tetap adik tu cakap nama dia tak ada, tak boleh jawab lagi. Aku pun siap call pekerja kat tempat statik tu, dia cakap nama adik tu memang tak ada. Dah 2 3 check dah...

Pening kan??? Bila boss aku check dengan staff yang sama aku call tadi, dia cakap nama ada, tapi bila aku tanya sendiri staff kat tempat ujian tu dia cakap tak ada pulak????? ok, aku pun dah serabut dengan kes ni, aku call balik adik tadi tapi guna no. yang aku rekod dalam buku. Disebabkan nama dan no phone dia terpampang dalam buku yang hanya berada didepan mata aku, aku tekan je nombor2 yang tertera dalam buku tu.. yang penting, confident ok !!

Bila aku call no. phone yang ada dalam buku tu, aku tak semena-mena terus mengeluarkan ayat penyata. "ok, firdaus..awak boleh jawab sekarang. En zul dah check nama awak memang ada.."
tetiba adik tu cakap, "jawab apa kak? jawab komputer ke??" aku pelik, name dia tanya soalan tu? Aku pun jawab.. "ye la..jawab ujian statik.memang nama awak ada dah dalam sistem.." firdaus tanya semula, "siapa yang booking? Daus kene gi Kemaman hari ni,Sabtu depan lah kak..." Aku mase tu dah tercengang. Budak ni biar betul nak main-main ke?? Aku tanya semula adik tu.. "bukan awak ke tadi yang call kak cakap nama tak ada dalam sistem. Kenapa nak cancel, awak jawab terus balik la..sekejap je jawab ujian tu.." Adik tu dengan suara penat nye.. "kak, daus tak cakap pun nak amik komputer rini. Daus kena gi kemaman ni kak..tak sempat ni nak jawab komputer"

Aku pun bla bla bla. letak phone dan terdiam sekejap.. Aku ni dah salah orang ke?? Siapa perempuan yang call tanya aku kenapa nama adik tu tak da kalau bukan boss adik tu?? sebab pape hal memang boss adik tu take over gak kadang-kadang. Ok, boss ak pulak call di cakap, nama yang aku dan boss aku duk sebut-sebut tadi mohamad firdaus. Adik yang datang cakap nama dia tak ada dalam sistem tu, Amir Firdaus !!!
ADUH !! aku dah susahkan ramai orang ari ni. Gara-gara tersilap book nama. Alahai !! Kadang-kadang, kita save nama yang sama dalam phone contact so  memang berlaku la kekeliruan bila dah jadi macam ni.

Aku pun call la kak yang aku claim boss adik tu, padahal mak dia. Aku mintak maff bagai, cakap salah book nama semua.. tapi nasib lah akak tu tak marah, cool je even hampir 2 jam menunggu kat tempat ujian tu. Dia pun ada bagitahu aku, dia dah agak, aku salah book nama orang. HOHO tapi yelah..confident punya pasal kan.. dah susahkan semua orang. Ingat tu, kesan bila kita terlalu over confident, kita susah, orang lain pun susuah..

Cuma satu je la pesan ambe, kalau nak mesej atas urusan  kerja ka, pape urusan yang melibat kita dengan bukan kenalan rapat atau dengan bahagian perkhidmatan ke.. sila la berikan nama penuh. perkenalkan diri. Jangan fikir orang save nama kita dengan nama yang penuh ye..macam contoh nama awak Siti Nur Enjoy Sakan Binti Sukaria.. orang tak kan save nama awak yang panjang2 tu..orang save CT je.. ok ? Manusia memang tak lari dari buat silap. Nak-nak kesilapan bila melakukan urusan kerja. Ok, sekarang dah settle masalah aku.. #Alhamdulillah setelah hampir 2jam aku hidup dalam kekeliruan. Salam...