PERKAMPUNGAN KUCING

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

cuba teka dari mana datangnya kucing yang ramai ni?


seorang warga Florida, Craig Grant telah mewujudkan sebuah penempatan di dalam ladang yang dibelinya untuk menempatkan sebilangan kucing yang terbiar. Craig pada asalnya bukan lah pencinta kucing sehingga dia melihat kucing anaknya yang bergayut dilangsir rumah. Beliau dapati kucing mempunyai personaliti yang unik dan dari situ segalanya berubah.. Penempatan kucing itu diberi nama Caboodle Ranch dan sehingga ke hari ini lebih dari 500 ekor kucing disana. Menurut Craig lagi semua kucing tersebut adalah dimandulkan..















BEKAS JOHAN QARIAH 1978 ROGAYAH SULONG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

kenapa tetiba nak buat post pasal bekas qariah 1978 ni?? ada la sebab nya.  sebelum ni meera ada keluarkan post berkenaan biodata ustaz uai yang mengatakan isteri pertama ustaz azhar, Puan Rogayah Sulong merupakan bekas  johan qariah 1978. sehingga saya pun sama tersilap maklumat. terima kasih kepada viewer yang membetulkan maklumat tu...kalau tak, memang saya akan sampaikan mklumat yang salah sepanjang hayat..thanks yew.. :)


 YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt. Sulong merupakan bekas qariah dari Terengganu yang telah berjaya menjadi johan qariah sebanyak tujuh kali bermula dari tahun  1961, 1963, 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979. 


semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M, YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt.Sulong yang merupakan Guru al-Quran dan Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa telah menerima Anugerah Maulidur Rasul yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.







Selain itu,pada tahun 2010, Dato Hajjah Rogayah telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010 sempena sambutan Hari Wanita Terengganu yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. 

KHAS UNTUK MA..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


khas untuk semua yang dah bergelar mak..


PASANG "ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI" @ BLOG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

gembira rasa hati bila dapat tambah lagi satu widget kat blog Sahabat Meera ni..dah lama cari, akhirnya ketemu juga.. ok, macamana nak pasang link 'anda juga mungkin meminati' yang sebenarnya boleh dikatakan summary post dr blog kita sendiri.?


STEP 1

klik  LinkWithin

STEP 2

isi apa yg patut..email,bloglink kat lampiran kat bawah ni KEMUDIAN klik GET WIDGET