BILA MAKWE SUDAH BOSAN..

salam..hye.hari ni topik nak kasi yg suam2 kuku je..hehe..semoga sahabat meera boleh enjoy2 bila melepak kat taman ni..


antara kelakuan awek bila dia dah rasa tak nak dengan pakwe dia..

1.  rasa bosan dengan kekasih
2.  kurang nak hantar atau reply mesej
3. kalau pakwe dia tak hantar mesej kat dia pun tak apa
4. kalau sebelum ni nak ke tandas pun bagitahu ke pakwe, sekarang keluar berjalan buat senyap je
5. selalu bergayut atau mesej lelaki lain
6. mengelak kalau pakwe ajak dating
7. tunjuk sayang kat pakwe bila pakwe bagi hadiah, lepas tu dah tak ada.. (ambil hati je..)
8. saja cari gaduh
9. dah tak pedulikan pakwe
10. bercakap pun lebih kurang
11.mintak putus banyak kali   :)




kalau rasa ada sintom2 yg macam ni..cuba perbaiki hubungan korang..itu pun kalu korang serius dengan pasangan masing2 la..hehe.




MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL

salam sejahtera kepada Sahabat Meera..disini terdapat sedikit info berkaitan perkahwinan Ustaz Don dan pasangannya..semoga dapat dikongsi bersama :)



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.



2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.












USTAZ AZHAR VS USTAZ DON

SALAM..
kalau sebelum ni koi ada cerita pasai ustaz Azhar,lani koi nak bercerita pasai ustaz yang mai dari utara..sapa lagi....kan?  ustaz Don Daniyal Bin Don Binyajid............




Biodata Ustaz..


BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)


Ustaz Don mula dikenali menerusi siaran televisyen, TV AlHijrah..memang 1st time tgk ustaz ni,memang selalu nk tgk..tgk ceramah dia dalam tv.hihi..

kakak saya pernah menerima satu email mengenai Ustaz Don..cerita dia, saya skip la ye sebab tak berapa ingat. pada setiap malam, jika ustaz Don menangis inginkan susu, ibunda nya tidak akan bangun bersendirian tetapi ditemani oleh ayahnda nya. Ibu Ustaz akan memberi susu kepadanya dalam keadaan  menyandar dibelakang badan ayahnya..ini kerana bak kata ayahnya, tidak elok untuk menyusukan anak dalam keadaan berbaring.. (kasih seorang ayah kepada anak dan mak nya..hehe) ha, berapa orang suami yang sanggup bangun lewat malam bersama isterinya demi anak? sila ucapkan Alhamdulillah dan senyum :) mungkin itu petua untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah.. :) email tu dah lama minta tapi asyik tak dapat jer.. (kalau ada sesiapa tahu kisah ni, sila la tambah atau perbetulkan yang mana tak betul tu ye..)


sekian..salam



USTAZ DON VS USTAZ AZHAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

tajuk hari ni ustaz Don vs Ustaz Azhar..bukan nak buat perbandingan antara ustaz ni tp yang sebenarnya dua-dua ustaz ni koi minat..hehehe. so,saje nak jejak ustaz yang datang dari timur dan utara ni.. jom terjah! 

kita mulakan dengan ustaz Azhar dulu aka UAI..hehe.

Nama :

Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:

12 Februari 1964

Berasal:

Ladang,Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :

Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi

Pendidikan  :

1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) 
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

 Pengalaman :

1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Keluarga :

Isteri :

1. Rogayah Binti Sulong, ( facebook )
2. Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor 
Anak :

1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

ni sumber dari (www.akumijae.com



Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz.. seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. . Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi
 sepertinya juga... sumber (http://zamani84.blogspot.com)



famili ustaz Azhar..
ustaz Don nanti dulu okeyh...sabar.