aku bukan lagi seorang penganggur..

assalamualaikum.. dan selamat petang

sekarang,jom dengar aku bercerita tentang apa yang berlaku dengan hidup aku sekarang..
pada 5hb 12 yang lalu aku telah menghadiri satu sesi temuduga di HQ BUMI TERUS MAJU, jaya gading. memandangkan aku candidate yang paling last,tempoh aku ditemuduga agak singkat berbanding calon lain yang mengambil masa hampir 30 minit setiap seorang.masa aku hanya 10 minit..jauh beza sbb mungkin dah masuk waktu lunch. aku ditanya dengan bermacam soalan tp yang paling aku ingat sampai sekarang adalah.. ada basic akaun tak?? aku jawab dah awal2, aku x terrer akaun..haha..then, paling lewat pkul berapa boleh balik kerja..aku jawab pkul 2 3 pagi pun xpe.. (dengan hati yg ikhlas nih..) ke-3 lak soalan nya adalah datang kerja dengan apa?? padahal aku belum diterima bekerja lagi..aku pun jawab ayah yang hantar. lastly soalan dia, bila paling awal aku boleh datang melapor diri?? aku pun jawab esok pun boleh..

nak dikatakan dah jadi rezeki aku, petang tu dalam pukul 3 aku menerima satu panggilan telefon.. 'cik shamirah,awak diterima bekerja di bumi terus maju batu 6 sebagai pembantu penyelian bahagian akaun dan pentadbiran..'amik kaw, kena wat kerja akaun..tp aku tak kisah sebab aku dah bagi taw awal2,kalu aku dapat kerja bahagian akaun, aku nak seseorang untuk membantu aku dalam bahagian akaun.. alhamdullillah.. aku jadi partner ngan kak ct.bagus orang nye..mengajar aku wat kerja satu per satu..thanks kak ct...selain itu, kak atul turut menjadi akak aku kat depatment tu...huhu..nasib baik aku diantara yang muda kat sana..boleh nak manja2 ket..lalala..

xmo jd macam ni...x suke xsuke..

sekian dulu deh...oh,lupa lak,aku start bekerja pada 7hb 12 tahun 2012..sekian, salam..


aku seorang penganggur..

assalamualaikum..sahabat meera

sekarang aku da berada di kuantan setelah pulun untuk 2hari paper semester last. tak sangka walaupun just untuk 2 hari dan tiga paper je,tapi nak menjawab tu...adoy. Tuhan je yang dapat selamat kan result final aku.
sekarang duk hold dulu perancangan nak buat apa. untuk sementara waktu ni aku amik kerja separuh masa aka part time mengecat rumah pak cik zul..huhu..memandangkan aku je yang ada kat rumah..akak aku yang lain sibuk bekerja,aku la yang menjadi mangsanya...wa3....

hope...zaman tanam anggur aku tak lama.coz money is everything in this world even  though everything  is not for money.. betul ker ayat aku ni...untuk pengetahuan job seeker n job hunter, aku adalah seorang pelajar yang baru tamat pengajiannya dalam bidang diploma pengajian perniagaan pengurusan.... :) (promot3)

nanti kita jumpa lagi k..terima kasih kerana sudi melepak di taman sahabat meera walau untuk beberapa saat sahaja.. thumb up lah untuk korang semua..
salam...

aku mahu berjaya...kunci nya : doa,usaha,ikhlas dan tawakal..... bagi pendapat aku la..

Salam Aidiladha, 10 Dzulhijjah 1432

asalamualaikum dan salam raya korban kepada semua sahabat meera yang beragama islam...

 hari ini apa cerita??dah makan rendang tok ke..atau ada yang kali pertama menolong orang kampung sembelih daging korban? apa-apa pun hepy2 la sokmo yew. Mira hari ni beraya di Penang bersama empat orang teman yang tak balik beraya kat kampung masing2..huhu..kesian kan, tak pe lah, mintak2 ni raya terakhir kami sebagai anak perantau.tahun depan kalu dipanjangkan umur,beraya dengan famili pulak..mungkin juga beraya dengan famili baru,siapa tahu kalu dah sampai jodoh kan..keh3 (gatai nak kahwin nampak..)

so kalau nak tahu apa juadah kami pada raya kali ni,jom la terjah gambar kat bawah ni :)

ni juadah kami di malam raya..yum3..sate

ni kami punya juadah di pagi raya..hahaha..xpernah buat dek orang kan


sekian sahaja...salam.. :)


without ALLAH S.W.T i am nothing

assalamualaikum..selamat tengah hari SAHABAT MEERA..

suka dengan perkataan ni.. WITHOUT ALLAH WE ARE NOTHING..yesss!!



tu je setakat hari ni..smile!!salam..