jalan ke syurga,,


firman Allah SWT di dalam surah al-Fatihah -6
  "tunjukilah kami jalan yang lurus."
ayat di atas bererti "tunjukilah kami jalan ke syurga." idaman setiap insan termasuk lah aku..
bukan senang nak menuju ke syurga tetapi bukan susah untuk itu..memang,bila kita ingin lakukan kebaikan pasti ada saja halangan yang datang.tapi, jika ingin melakukan kejahatan atau keburukan tidak semua manusia akan berfikir untuk kali ke-4 atau ke-10..ini kerana jiwa manusia ketika itu telah dimasuki bisikan syaitan yang dilaknat Allah SWT..sedangkan perkara itu lah yang dibangga-bangga kan syaitan..iaitu ketika manusia mulai lalai dan terpedaya dengan godaan nya.

diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu: 
 
a.  Pemimpin yang adil.
b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c.  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d.  Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana  Allah dan berpisah kerana Allah.
e.  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ...   
     saya takut kepada Allah.”
f.  Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh 
    tangan kanannya.
g.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.




yang tersembunyi tak kemana juga..

ramai sahabat meera dan teman-teman mengakui banyak berahsia dengan famili terutamanya,kwan mereka sendiri,kekasih hati juga kawan baik yg dah bergelar sahabat ni..
nak dijadikan cerita, seorang gadis yang bersahabat baik dengan seorang lelaki akhirnya berubah hati apabila diberitahu lelaki itu sudah menjumpai soul mate yang benar2 dia ingin miliki.. dalam tak sedar sahabat nya itu sangat menyukai lelaki tersebut lebih dari kawan biasa.. (itu rahsia perempuan terhadap lelaki itu)...
manakala si lelaki itu semakin lama semakin menyendiri dan menjauhi dari gadis yg di katakan sahabat dan pernah meluahkan rasa sayang terhadap gadis itu.. namun hakikatnya lelaki itu menyintai gadis lain (rahsia lelaki tu terhadap sahabatnya)..
akhirnya, lelaki itu menceritakan hal sebenar,itu pon setelah sahabat nya mulai mengesyaki sesatu..
kat bawah ni aku ada bawa kan cerita pasal rahsia2 ni.. copy dr Malaysia  Ria je..sebagai renungan...

Kalau kita nak cerita pasal Akta Rahsia ni, pada awal2 kejadian manusia pun telah berlaku, kita rujuk cerita dibawah:-

Dialog antara Allah SWT dengan Malaikat pada proses kejadian manusia.

Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka bumi ini, maka Allah SWT memberitahu kepada Malaikat bahawa Allah SWT akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga tidak sama dengan makhluk-makhlukNya yang lain yang ada pada masa itu. Makhluk yang dimaksudkan ialah manusia. Manusia akan menjadi khalifah di muka bumi untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan.

Dialog Allah SWT dengan para Malaikat tentang kejadian awal manusia. Allah berfirman kepada Malaikat :

“Aku akan menjadikan di atas muka bumi ini khalifah”,

Para Malaikat menjawab ”Apakah Engkau ya Allah akan menjadikan khalifah di atas muka bumi ini? mereka yang akan melakukan bencana dengan menumpahkan darah sesama sendiri, sedangkan kami makhluk
yang sentiasa beribadat dengan bertasbih, bertahmid dan mengucap Subhanallah kepada Engkau.” Allah menjawab kepada para Malaikat

”Sesungguhnya aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu tahui” (QS al-
Baqarah ayat 30).

Dengan jawaban tersebut semua Malaikat akur dan mengakui bahawa
sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lalu Allah
SWT menjadikan manusia walaupun mendapat bantahan daripada Para
Malaikat.

Kesimpulan

Kalau nak menipu, menipulah kerana kebenaran(yang hak) bukan kerana kebathilan.

Kalau nak merahsiakan, rahsiakan kerana kebaikan, bukan kerana keburukan dan kepentingan diri sendiri sebab jika ianya buruk, yang rugi hanyalah diri kita sendiri.

seronok dapat post lg..hehe

hm..rindu nak tuls dlm blog..tak tahu lah apa masalah dengan laptop,kalau nak post baru pon,loading je memanjang...ni pon laptop jiran sebelah..jgn salah faham lak..saya duduk di asrama,bukan pinjam laptop jiran rumah sebelah ye..haha. nanti jumpe di lain masa k..I post banyak benda nti ...weeeeee.
hm..lagi satu masalah,siapa dapat tolong ek?? kenape blog ni tak boleh terima follower..siapa yang boleh bantu harap komen la apa-apa yang patot k..harp sangat boleh tmbah follower..salam n selamat petang. jumpa lagi.

SELAMAT TAHUN BARU 2011